Advertisement

Resipi Ayam Masak Halia dengan Cendawan Shiitake

Sejak dah kahwin kalau balik ke rumah mak mertua saya antara lauk yang biasa dihidangkan ialah resipi ayam masak halia dengan cendawan shiitake. Dulu sebelum kahwin tak pernah seumur hidup saya masak masakan yang berasaskan cendawan shiitake ni.


Lagi-lagi cendawan shiitake ini biasanya dijual dalam bentuk sudah dikeringkan dan kecut. Lepas dah berumahtangga barulah saya belajar cara masak cendawan shitake dengan ayam ataupun bahan-bahan lain.


ayam masak halia dengan cendawan shiitake
Sedap dimakan dengan nasi panas


Pilih Cendawan Shiitake Yang Berkualiti 

Cendawan shitake ini biasanya kalau kita jumpa dekat pasar tu ada macam-macam gred. Dulu saya ingat semua sama sahaja. Rupanya kalau nak beli pun kena la pilih gred yang betul. 


Kadang-kadang bukan tak nak beli yang biasa, tapi nanti rendam la lama mana pun cendawan shitake ini tak akan kembang cantik dan lembut. Susah nak kunyah nanti apabila dah dimasak.


Okey jom tengok resipi ayam masak halia yang di campur sekali cendawan shitake. 

 

Resipi Ayam Masak Halia dengan Cendawan Shiitake

Bahannya adalah seperti dibawah :

  • 200-300gram isi ayam atau bahagian ayam dipotong kecil
  • Secubit lada putih 
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • Bawang putih – 2 ulas (dihiris nipis)
  • Halia – sebesar ibu jari ( dihiris nipis)
  • Sos tiram – 2 sudu makan
  • Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah (kira-kira suku sudu makan)
  • Tepung jagung untuk salut ayam
  • Cendawan Shitake kering – 2 ke 3 keping
  • Minyak masak untuk goreng ayam
  • Air

Cara Masak Ayam Halia bersama Cendawan Shitake:

  1. Perap ayam dengan sedikit garam dan juga lada putih dalam setengah jam 
  2. Cendawan shitake kering direndam air panas sehingga lembut dan dihiris
  3. Kemudian salutkan ayam perap dengan tepung jagung dan ratakan
  4. Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam sehingga setengah masak 
  5. Alihkan ayam yang sudah digoreng dahulu tadi
  6. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali
  7. Tumiskan hirisan bawang putih sehingga naik bau dan layu
  8. Tambahkan hirisan halia, cendawan dan juga sos tiram
  9. Kemudian tambahkan ayam tadi dah gorengkan sebentar 
  10. Tambah setengah cawan air dan rebus sehingga ayam masak sepenuhnya
  11. Bancuhkan tepung jagung tadi dengan sedikit air
  12. Tambahkan kedalam masakan
  13. Perasakan dengan garam secukup rasa
  14. Masak sehingga kuah pekat dah alihkan kedalam pinggan/mangkuk
  15. Sedia dihidangkan 

ayam masak halia dengan cendawan shiitake
cendawan shiitake kering

ayam masak halia dengan cendawan shiitake
Bahan-bahan ayam masak halia dengan shiitake


Suami biasa beli di kedai sensei Cina satu paket adalah dalam 10 ke 15 biji. Harga agak mahal juga berbanding dekat pasaraya. Tapi kalau habis saya beli je yang biasa jual di pasar. Ikut pilihan masing-masing. 


Selamat mencuba semua.