Advertisement

Cara Serta Resipi Ayam Bakar Madu Guna Oven

Ayam bakar madu guna oven ni paling mudah nak disediakan sebenarnya. Tapi adakala tak jadi sebab tak tau berapa suhu bakar ayam dalam oven yang sebenarnya. Kalau terlebih panas luar ayam akan cepat hangus dan dalamnya pula kurang masak.


Jadi anda kena bakar dalam suhu oven yang sesuai dan masa yang betul. Untuk petua kalau nak rasa ayam bakar ni sedap kena perap lama supaya bahan perap masuk dalam daging ayam. 


Teringat pula masa jalan-jalan ke Miri dan Kota Kinabalu dulu makan kepak ayam madu. Sedap betul. Tapi kalau nak makan puas-puas tu lebih baik belajar masak sendiri sahaja kan? Lebih jimat lagi-lagi untuk keluarga besar.


cara resipi ayam bakar madu guna oven sedap
Ayam madu sudah siap dibakar


Resipi Ayam Bakar Madu Guna Oven 

Bahan-bahannya:

  • Ayam separuh (potong besar)
  • Bawang putih 4 ulas (tumbuk lumat)
  • Serbuk lada hitam 1 sudu besar
  • Serbuk lada sulah 1 sudu besar
  • Cili sos 2 sudu besar
  • Garam 2 sudu teh
  • Madu 3 sudu makan
  • Sedikit minyak masak untuk tujuan oles pada ayam bakar nanti


Cara-Cara Buat Ayam Bakar Madu Sedap dan Mudah

  • Bersihkan ayam dan tidak perlu buang kulit
  • Lumurkan semua bahan pada ayam kecuali minyak masak
  • Perapkan sebentar. Minimum satu jam. Lebih lama lagi bagus untuk kesan serapan lebih baik.
  • Panaskan oven pada suhu 200 ૦C (darjah celcius) selepas 15 minit terlebih dahulu.
  • Masukkan ayam dan turunkan suhu kepada kira-kira 180 ૦C. 
  • Kemudian mula bakar ayam dalam masa 30 ke 40 minit.
  • Selepas itu keluarkan ayam sekejap dan lumurkan dengan minyak masak di atas bahagian ayam tadi. Tujuannya ialah untuk tak nak biar ayam jadi terlalu kering ketika dibakar
  • Tambah suhu sehingga 200 atau 220 ૦C dan sambung bakar lagi dalam 20 minit atau sehingga masak.
  • Sediakan dengan salad, hirisan tomato dan juga timun.
  • Boleh juga di makan dengan nasi panas atau nasi ayam


resipi ayam bakar madu guna oven
Letak aluminium foil supaya air ayam tak kotorkan oven


Bahan-bahan untuk masak ayam bakar madu ni memang senang sangat nak disediakan. Cuma kena tengok cara nak bakar guna oven supaya ayam tidak cepat hangus. Bahan perap ini juga sesuai untuk buat BBQ ayam bakar guna arang. 

Teringat pula masa berkelah di air terjun Gunung Pulai 1 lepas. 

Masa tu masih boleh buka khemah dengan BBQ lagi. Tapi sekarang dah tak dibenarkan lagi buat aktiviti bakar-bakar dekat sana. Nak mandi sungai sahaja atau hiking masih boleh.


Nikmat Makan Ayam Bakar Madu Sedap Dengan Sos Pencicah

Ayam bakar madu ini boleh dimakan dengan sos pencicah sedia ada ataupun boleh juga dibuat sendiri. Selain dimakan dengan nasi ianya juga boleh dimakan dengan salad dan juga tomato sebagai menu diet harian kalau nak cuba kurangkan berat badan.


Antara Tips dan Petua Kalau Nak Bakar Ayam Madu Guna Oven

Berapa Suhu Bakar Ayam Guna Oven?

Antara 185 ૦C (darjah celcius) hingga ke 220 ૦C. Contoh kalau tak mahu ayam hangus boleh mula dengan 185 ૦C dahulu dalam 30 minit dan tambah suhu untuk ayam masak sepenuhnya.


Kena tengok jenis oven masing-masing juga sebab ada yang suhu sehingga 200 à«¦C sahaja. Boleh tambah masa membakar jika ayam belum masak. 


Berapa Lama Masa Membakar Ayam Dalam Oven?

Ayam dibakar antara 45 minit ke satu jam. Kemudian jika bahagian dalam daging ayam masih mentah, anda boleh tambah masa membakar dalam 5 ke 10 minit lagi.


Kenapa Ayam Bakar Madu Saya Hangus?

Kerana madu ada kandungan gula yang akan caramelized semasa dibakar. Jika suhu membakar permulaan terlalu tinggi, maka bahagian luar ayam akan cepat hangus dan terasa pahit.


Selamat mencuba semua. 


Baca lagi : Ayam Masak Halia Dengan Cendawan Shiitake

Post a Comment

2 Comments

  1. kalau bakar ayam madu macam ni memang ayam tu nampak macam hangus sikit tapi sedap makan dengan nasi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, sedap! Ada bahagian yang agak-agak hangus tu rangup-rangup je sedap.

      Delete