Dalam masa tiga tahun ni memang berjaga-jaga jugalah daripada dijangkiti virus Covid-19. Namun apakan daya takdir mengatasi segalanya. Kami sekeluarga disahkan positif Covid-19 seminggu yang lepas. Bermula dengan anak yang pertama demam dan berturutan sehingga saya juga dijangkiti virus berkenaan.
Disahkan Positif Covid-19 - Apa Yang Perlu Dibuat?
Em, sedih juga sebenarnya apabila buat saliva test keluar dua garis. Tapi tetap tawakal dan kena kekal bertenang.
Jadi nak buat apa lepas tu?
- Muatnaik (upload) keputusan ujian Covid dalam MySejahtera
- Kemudian status akan bertukar menjadi warna merah (Kes yang disahkan)
- Jawab soalan (soaljawab) berkenaan tahap kesihatan harian (setiap hari kena jawab sebelum jam 12.00pm)
- Kekal dalam kuarantin selama tujuh (7) hari.
- Kalau gejala semakin teruk, kena call hospital.
Dua garis ujian saliva |
Dapatkan Ubat-Ubatan Secara Online
Kebetulan ubat-ubatan juga habis masa nih. Mula-mula call klinik dekat rumah ni tapi mereka kata tak ada pula perkhidmatan hantarkan ubat ke rumah. Fikir punya fikir suami call DoctorOnCall untuk dapatkan ubat yang akan dihantar ke rumah.
Baru saya tahu ada perkhidmatan jumpa doktor secara online je rupanya tanpa ke klinik. Gelabah juga lah kan sebab satu keluarga tak sihat macam ni. Jadi ubat-ubatan dihantar dari farmasi yang berdekatan dengan Lalamove.
Ubat-ubatan untuk 4 orang |
Pengalaman Positif Covid-19 Yang Tidak Dapat Dilupakan
Setakat hari ini saya masih lagi sedang melawan batuk yang belum sembuh. Semacam ada kahak dan lendir di bahagian atas tekak tapi tak dapat nak keluarkan. Walaupun demam dah kebah tetapi apabila tiba waktu nak masuk malam mula badan rasa 'tak sedap'.
Tiga hari pertama dijangkiti memang agak seksa. Demam bercampur sakit otot dan sendi. Nak angkat kaki ke tandas pun sakit. Memang kebanyakan masa baring sahaja.
Anak-anak pula alhamdulillah lepas hari ke tiga sudah mula aktif dan bersemangat. Tak ada gejala yang teruk. Saya ada terbaca tentang ramai yang kena dan sedang melawan gejala long Covid. Untuk info kalau masih positif selepas 7 hari kuarantin dah tak perlu lagi buat ujian saringan dan kuarantin.
Harap-harap batuk dan sakit-sakit badan ni boleh cepat-cepat pulih, inshaAllah amin.
Baca lagi : Akar Gigi Susu Terkeluar Dari Gusi
Tetap Berjaga-Jaga Semua
Masa dalam kuarantin ada kenalan terdekat yang datang hantarkan air kelapa untuk kami sekeluarga. Dia pun agak terkejut sebab katanya ingatkan Covid ni dah tak ada. Tak sangka kami boleh positif dalam riang ria berjalan ke sana sini.
Em, bukan tak ada ye semua.
Cuma kita memang kena hidup dengan virus-virus ni disekeliling kita.
Jadi kenalah berjaga-jaga selalu supaya tidak dijangkiti. Alhamdulillah air kelapa sangat membantu lagi-lagi anak pertama kena cirit-birit. Air kelapa bantu bagi tenaga semula.
0 Comments