Advertisement

Pengalaman Travel 5 Hari 4 Malam Melancong Ke Seoul Korea

Dah lama sebenarnya pengalaman percutian singkat kami adik beradik ke Seoul, Korea yang lepas. Rasa patut juga kalau saya kongsikan itinerary 5 hari 4 malam ke Seoul Korea untuk rakan-rakan pembaca semua.


Mana tahu kalau-kalau ada yang sedang merancang untuk Korea musim luruh tahun 2022 ini kan.


Plan Itinerary 5 hari 4 malam ke Seoul Korea

Apapun trip kami lepas alhamdulillah berakhir dengan selamat dan juga puas hati dapat berjalan ke Korea. Flight pun smooth (walaupun ada sedikit ketakutan naik flight sejak balik dari melawat Bukittinggi, Indonesia lepas sebab turbulence kuat). 

Amalkan doa perjalanan (Doa Safar) sebelum mulakan perjalanan inshaAllah akan dipermudahkan semuanya.

Itinerary Hari Pertama (Day 1) Tiba Di Seoul Korea

  • Incheon airport (Tiba jam 8.50 am penerbangan kami jam 12.50 am dari KLIA2) 
  • Naik train Arex ke Seoul Station (dalam sejam perjalanan)
  • Naik subway ke Myeongdong - Letak beg dekat hostel
  • Jalan dekat Pasar Namdaemun cari makan Galchi JJorim (Braised Mackerel aka asam pedas korea)
  • Naik bas ke Namsan tower
  • Itaewon (Seoul Grand Mosque) - dan minum petang rehat Manis Kitchen
  • Balik ke Myeondong - Makan Malam Restoran Kampungku
  • Jalan-jalan di sekitar Myeondong Streets

 1- Makan di Pasar Namdaemun

Dah sampai memang perut lapar dan juga agak kepenatan. Maklumlah bukannya dapat tidur lena sangat dalam kapal terbang kan. Maka dengan itu kami ke Pasar Namdaemun dahulu untuk isi perut yang dah berkeroncong.

pakej melancong ke Seoul 2022
Namdaemun market

Galchi JJorim (Braised Mackerel aka asam pedas korea
Galchi JJorim (Braised Mackerel ataupun asam pedas Korea

Teruja betul tengok sup kimchi dekat sana bukan sikit-sikit kimchi ahjumma ni letak. Lebih kurang besar-besar juga kimchi yang di letakkan. Memang tak kedekut langsung. Siap tanya lagi kalau nak tambah lagi.

Selain dari nasi panas dan juga Galchi Jjorim, kami juga turut menempah ikan parang yang digoreng rangup serta telur stim. Memang kenyang dibuatnya.

melancong ke Korea Selatan 2022
Telur stim dengan ikan parang goreng rangup

 2- Melawat Namsan Tower

Selesai makan pagi kami teruskan berjalan di sekitar pasar Namdaemun. Pelbagai jenis barangan harian dijual di sini. Setelah itu kami berpeluang melawat Namsan Tower iaitu menara yang menjadi mercu tanda bandaraya Seoul. 

Masa kami sampai Seoul masih diselubungi oleh kabus kuning (yellow dust) yang dikatakan berasal dari Tanah Besar China. Jadi hari tersebut pemandangan kurang jelas dari atas menara Namsan. 

itinerary 5 hari 4 malam Seoul Korea

Masa ini juga masih dalam penghujung musim sejuk. Nasib baik jugalah kami beringat nak bawa jaket tebal. Jadi taklah sejuk sangat semasa dalam perjalanan ke Namsan Tower.

3- Melawat Itaewon (Solat + Minum petang)

Habis sahaja kami berjalan di sekitar Namsan tower kemudian next stop ialah ke Itaewon. Kami hanya naik bas kesana untuk bersolat Masjid Besar Seoul.

Masjid terbesar di Seoul

Manis Kitchen Itaewon Seoul Korea

4- Myeongdong 

Perjalanan kami diteruskan lagi ke bahagian Seoul yang sangat happening iaitu di Myeondong. Kebetulan kami juga menginap di sekitar sini jadi memang agak seronok jugalah dekat dengan macam-macam tempat menarik.

itinerary melancong ke Korea 2022

Kalau bawa family ramai boleh menginap di kawasan sini sebab tak berbukit macam di Itaewon. Lagi satu kalau Itaewon waktu malamnya lebih bising berbanding tempat lain kerana terdapat banyak bar dan pub. 

Di sekitar Myeongdong tempat makan halal pun agak mudah untuk didapati. Antaranya, Restoran Kampungku, Nasi Lemak D'Seoul dan beberapa lagi restoran menarik yang boleh anda cuba.

Selesai makan malam kami sambung berjalan-jalan di Myeongdong Streets yang sangat meriah dan padat dengan pelancong dan juga penduduk tempatan. 

Itinerary Hari Kedua (Day 2) Di Seoul Korea

Hari ke -2 

  • Nami Island (naik train ke Gapyeong)
  • Makan tengahari - Asian Family Restaurant Dongmoon (Nami Island)
  • Migliore Dongdaemun ( Misi cari souviner murah)
  • Dongdaemun Design Plaza (DDP)
  • Myeondong Streets (Makan Malam Restoran Yooganae)
  • Jalan cari mask murah + Seaweed 

6- Melawat Nami Island

Hari ini kami naik train ke Gapyeong kemudian naik teksi ke terminal feri untuk ke Nami Island. Kira excited sikit hari nih sebab dah tidur cukup malam sebelum dan nak tengok tempat filming drama Winter Sonata.

makanan halal di Seoul Korea
Makanan halal di Nami Island (Chicken Gakgalbi dengan nasi dan side dishes)

Dekat restoran ni ada disediakan surau dan tandas berbidet di bahagian atas. Memang sangat selesa dan ada kawasan untuk kanak-kanak bermain dan membaca.

7- Dongdaemun Design Plaza

Bangunan Dongdaemun Design Plaza (DDP) adalah salah satu bangunan dengan yang direkabentuk oleh seorang arkitek terkenal dunia iaitu Zaha Hadid. Ianya berfungsi sebagai salah satu pusat seni dan juga mempunyai seni bina yang sangat unik.

Selesai jalan-jalan disekitar DDP kami kembali semula ke Myeongdong Streets. Sambil itu sempat juga beli beberapa cenderahati yang agak murah di sekitar Dongdaemun ini. 

bangunan dongdaemun design plaza
Sebahagian dari DDP


Itinerary Hari Ke Tiga Hingga Hari ke Lima Di Seoul Korea


Hari ke-3 

  • King's Cross Platform 9 3/4 -Harry Potter cafe
  • Hongdae Street
  • COEX Mall, Starfield Library ( Solat di surau sini atas sekali di aras exhibition hall)
  • SMTOWN, Coex Atrium, Gangnam
  • Myeongdong Street

Hari ke -4

  • Namsangol Hanok Village
  • Gwanghamun Plaza
  • Gyeongbukgong Palace
  • Insadong 
  • Korean Tourisme Organisation (KTO) untuk Solat + pakai Hanbok free.
  • Traditional Kwanjang Market (Korean cotton)

Hari ke-5

  • Jalan-jalan di Myeongdong
  • Bersiap ke Incheon airport (naik bas tunggu di seberang jalan butik North Face Myeongdong)
  • Pulang ke KL flight jam 3.45 pm (Elok lah awal ke airport memandangkan beratur check-in panjang & sangat lama)

Kami punya berjalan nih sampai adakalanya terlupa nak ambil gambar. Lagi-lagi masa berada di Kwanjang Market. Rambang mata apabila melihat pelbagai jenis kain cotton dengan corak yang cantik-cantik.

List diatas merupakan antara tempat-tempat yang menarik di Seoul, Korea dan patut anda kunjungi kalau berpeluang ke sana.

Tempat Cenderahati Murah di Seoul Korea

Kalau anda nak cari souviner murah antara yang boleh dikunjungi adalah di Kwanjang Market untuk peminat kain cotton. Selain itu juga boleh borong di Migliore Dongdaemun. Tempat ni berdekatan dengan Dangdaemun Design Plaza tadi. Kena masuk ke dalam bangunan Migliore.

Lagi satu kan antara tempat cenderahati murah adalah digerai-gerai disekitar stesen subway bawah tanah. Kebanyakannya boleh tawar menawar dan banyak pilihan. 

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

5 Comments

  1. bila tenguk ni alahaiiiii rindu seoul. macam nak pi lagi tapi musim bunga pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin juga nak pergi musim lain juga..huhu

      Delete
  2. Assalamualaikum Airis, blh share tak guesthouse mana u stay kat Myeongdong? dekat dengan subway station?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sis, kami stay dekat Starria Hostel, dekat dengan subway station Myeongdong line 4. Hostel ni berdekatan/berhadapan dengan restoran Kampungku (Malaysia restaurant) & butik The North Face. Semoga membantu

      Delete
  3. Anonymous1:00 AM

    Berapa bajet untuk pergi korea

    ReplyDelete