Advertisement

Tips Untuk Suri Rumah Uruskan Stress & Tekanan Hidup

Isu suri rumah tertekan dan ramai yang terkena serangan panik (panic attack atau anxiety attack) banyak diperkatakan sekarang ni. Lagi-lagi dengan musim pandemik lepas dan juga berselang dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. 

Selain itu terdapat juga pelbagai masalah yang muncul ketika suri rumah baru nak mulakan hidup berkeluarga. Untuk yang pertama kali baru bergelar surirumah pula, kebanyakkannya mengatakan kehidupan mereka seolah-olah berubah total 360 darjah.

Ada surirumah yang terus berubah sikap menjadi lebih sensitif, cepat terasa walaupun dengan isu kecil. Dan ada juga yang berubah menjadi lebih panas baran ataupun menjadi lebih pendiam. Dalam masa yang sama cuba menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru dirumah. 

Tiada lagi keluar rehat ketika bekerja, tiada lagi pendapatan sendiri setiap bulan.

cara nak kurangkan stress untuk suri rumah

Punca Suri Rumah Jadi Tertekan dan Akhirnya Depresi

Apabila pangkat surirumah telahpun dipegang tiada lagi istilah cuti tetapi kebanyakannya akan ada kerja rumah yang berterusan daripada pagi sampai ke malam. 

Tidak akan pernah habis walaupun kita telah cuba sedaya upaya menyiapkan semua benda.

1- Beban Tekanan Minda dan Fizikal

Oleh yang demikian, pelbagai tekanan yang terkumpul dari awal pagi hingga ke malam sudah pasti buatkan surirumah agak tertekan. Belum lagi dengan hendak memasaknya, kelas anak-anak yang perlu diselesaikan dan diberi perhatian.

Malah jika ada anak kecil, perlu disusukan dan juga perlu dijaga serta diasuh dengan baik. Jadi dengan keadaan yang sedikit menekan kadangkala hal yang kecil pun boleh dijadikan isu.

2- Punya Tanggungjawab Besar Mendidik Anak-anak

Tidak terbayang dan terpikul sebenarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh seorang surirumah. Jadi agak tidak adil jika melabelkan mereka sebagai seorang yang mudah sensitif (atau bahasa sekarang mudah sentap) ataupun tidak bersyukur. 

Ya, ada !

Ada yang sampai hati melabelkan mereka sebagai insan yang hanya bersenang lenang sahaja di rumah. Ada yang mengatakan tugas surirumah ini sangat mudah. Tidak sama sekali dan juga sangat tidak adil melabelkan mereka begitu.

Setiap keluarga yang terbina didatangkan juga dengan tanggungjawab mendidik anak-anak, menyediakan keadaan keluarga yang selesa yang juga makan pakai yang mencukupi. 

Baca lagi : Petua Atasi Anak Lambat Bercakap

Tetapi hakikatnya bukan semua keluarga berada dalam keadaan yang senang lenang, petik jari semuanya mencukupi. 

Dalam masa ketua keluarga keluar mencari rezeki, surirumah berada dibelakang teguh berusaha menguruskan keluarga sebaiknya.


Cara dan Tips Untuk Surirumah Uruskan Stress & Tekanan Hidup

Kesan dari tekanan melampau atau berada dalam keadaan 'burnout' surirumah akan mengalami kelesuan melampau. Ini menyebabkan mereka tidak lagi mengendahkan keadaan rumahtangga atau kerja akan terganggu. 

Kehilangan motivasi menyebabkan surirumah sering merasakan diri mereka tidak berharga.

1- Berterus Terang Dan Luahkan Pada Pasangan

Antara yang surirumah boleh lakukan untuk uruskan emosi dengan lebih baik ialah dengan berterus terang dengan pasangan. Beritahu keadaan kita yang kepenatan dan minta pertolongan darinya untuk menguruskan rumah ketika di rumah.

2- Berehat dan Ambil Masa Sendiri

Antara lain ialah berikan diri ruang dan berehatlah. Cuba untuk nikmati kehidupan dan dalam masa sama selesaikan kerja tertangguh mengikut kemampuan. 

Kalau boleh berbincang dengan suami dan keluarga untuk keluar bercuti dan beriadah seperti berkelah di pantai ataupun hiking.


Kita tidak Sempurna

Kita semua tidak sempurna dan mempunyai had masing-masing. Jangan terlalu menekan diri untuk mencapai tahap kesempurnaan tertinggi sehingga akhirnya kita kecewa jika ianya tidak dapat dicapai. Sentiasa berdoa untuk dipermudahkan urusan kita sekeluarga dunia dan juga akhirat.

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah, rezeki saya jadi suri rumah pada fasa anak2 dah besar jadi agak tenang kehidupan sekarang berbanding zaman bekerja dulu, semuanya terkejar2 nak buat. Cuma kadang2 je saya rasa buntu bila takde lagi matlamat / goal spesifik mcm di tempat kerja dulu yg perlu dicapai, so skrg saya tgh fikir apa matlamat yg saya nak cipta untuk dapat balik sense of accomplishment tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat saya, mungkin surirumah kena cari hobi yang tak buat jadi bosan. Contohnya berblog macam kita nih..hee

      Delete