Advertisement

Cuba Pusing KL Naik Bas KL Hop On Hop Off

Fuh! Berpeluh juga menunggu bas KL Hop On Hop Off ni rupanya. Sebabnya bas pertama dah sampai pada awalnya. Kemudian atas sebab yang tidak dinyatakan kami kena tunggu bas yang seterusnya untuk rasa pengalaman naik bas KL Hop On Hop Off. 


Yang berpeluh sakan tu lagi satu sebab sebelum tu kami sekeluarga naik MRT dari Kajang ke Bukit Bintang. Dah tu sempat pula tawaf Pavillion sebelum menapak ke depan stesen pertama bas di depan Plaza Sungei Wang di Bukit Bintang. 


Kalau pergi musim cuti sekolah ni memang sangat ramai yang sedang menunggu kedatangan bas juga rupanya. Siap ada rombongan hari keluarga. Tapi alhadulillah dalam jam 12.30 kami sekeluarga dapat juga naik bas KL Hop On Hop Off seperti yang dirancang.


Pengalaman naik bas KL Hop On Hop Off

Tentang Bas KL Hop On Hop Off Yang Patut Anda Tahu

  • Perkhidmatan bas ini disediakan dengan menggunakan bas jenis dua tingkat (Double Decker Bus). Dan ianya adalah satu-satunya di Malaysia. 
  • Ada dua jenis perkhidmatan iaitu waktu siang (Ronda-Ronda KL) bermula dari jam 10.00 pagi dan juga waktu malam (KL City of Lights) yang bermula dari jam 8.00 malam.
  • Harga tiket untuk 24 jam ialah RM25 untuk dewasa dan RM15 (kanak-kanak 5 tahun ke atas). PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 5 tahun. Boleh rujuk laman web KL Hop On Hop Off untuk lebih lanjut.
  • Tiket boleh dibeli secara online dah juga di kaunter tertentu iaitu di Kiosk Bukit Bintang (Stop #1) dan juga dari ejen berdaftar. 

Masa ni kami beli siap-siap secara online dan tebus tiket di Kiosk Bukit Bintang untuk pengesahan.


Kiosk Tiket

Tingkat atas bas KL Hop On Hop Off

Tempat Duduk Bas Jenis Bebas (Free Seating)

Tempat duduk dalam bas adalah jenis bebas. Siapa yang cepat dia yang dapat. Maka berebut jugalah para pengunjung yang nak duduk di kawasan tempat duduk terbuka di bahagian tingkat dua bas.

Kami sempat juga duduk sekejap untuk ambil gambar. Tapi kemudian semasa bas berhenti di stesen seterusnya kami tukar tempat duduk ke bahagian bertutup. Tak tertahan panas terik tengahari masa tu.

Kebanyakan yang duduk di bahagian terbuka adalah pelancong dari luar negara. Kagum juga tengok tahan panas dan bahang matahari sampai merah-merah kulit muka masing-masing.

Antara Tempat Yang Sempat Di Lawati

Banyak juga rupanya tempat yang kami tak pernah pergi sebelum ni walaupun beberapa kali ke Kuala Lumpur bercuti. Kebanyakan masa asyik ulang tempat yang sama saja seperti ke KLCC, Midvalley dan Zoo Negara. Antara yang best di KL kami pergi melawat Pusat Sains Negara sebelum ni.

Apabila dah rasai sendiri pengalaman naik bas KL Hop On Hop Off ni barulah nampak ada banyak tempat menarik di sekitar KL. Perjalanan bas mengambil masa dalam dua jam lebih bergantung pada keadaan trafik semasa. 







Penumpang bas boleh juga memilih untuk turun di mana-mana hentian yang bas berhenti seperti di Menara Kuala Lumpur (KL Tower), KLCC ataupun di Masjid Negara. Jadi untuk balik semula ke hentian pertama penumpang boleh tunggu bas yang seterusnya pula dalam selang 30 ke 40 minit. 

Sekali lagi bergantung kepada keadaan kesesakan jalan.

Pengalaman Menarik Naik Bas KL Hop On Hop Off

Tidak dinafikan memang penaglaman yang sangat menarik pada saya sebab jarang nak dapat peluang naik bas dua tingkat ni. Lagi-lagi bahagian atas ada sebahagiannya terbuka pula kan. 

Sebelum ni pernah juga naik bas Hop On Hop Off tetapi di Pulau Pinang. 


Lepas ni nak cuba naik yang waktu malam pula kalau berkesempatan, inshaAllah - Airisbucket.com

Post a Comment

2 Comments

  1. best naik HOHO ni. rezeki pernah naik time cuaca mendung tapi tak hujan. tai kena standby spek mata hitam jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! bestnya. Kami pergi time panas terik..pilih duduk kat seat aircond je hehe.

      Delete