Advertisement

Aktiviti Menarik & Day Trip ke Sekinchan Selangor

Pengalaman day trip kami ke Sekinchan memang menarik. Banyak rupanya tempat menarik yang boleh dilawati di Sekinchan dalam daerah Sabak Bernam ini. Disebabkan perjalanan ke sini agak singkat jadi kami cuma sempat melawat beberapa tempat menarik sahaja. 


Selain merupakan pekan yang terkenal dengan aktiviti perikanan, Sekinchan juga merupakan antara salah satu pengeluar padi terbesar di Malaysia. 


Aktiviti Menarik & Day Trip ke Sekinchan Selangor

1- Makan Tengahari di Gerai Mee Udang


Kami sampai di Sekinchan kira-kira jam 12 tengahari. Oleh itu kami singgah untuk makan tengahari dahulu di salah satu gerai mee udang. Menu mee udang sangat popular di Sekinchan jadi tidak hairan kalau terdapat banyak gerai yang menyediakan mee udang di sepanjang jalan di sini.

day trip ke sekinchan sabak bernam
Mee udang dengan udang saiz besar

day trip ke sekinchan sabak bernam

Berbanding dengan pengalaman kami makan Mee Udang di Kuala Sepetang, saya rasa di Sekinchan udangnya lebih besar dan banyak. 

2- Melawat Kawasan Sawah Padi

Sepanjang perjalanan kami di Sekinchan, kami dapat lihat pemandangan sawah padi yang terbentang luas serta menghijau. Saujana mata memandang. Anak-anak pun sangat teruja sebab dapat lihat sawah padi di depan mata. 

Untuk yang nak bercuti dan menginap disini terdapat pelbagai pilihan homestay dan tempat penginapan yang pada saya agak unik. Anda boleh memilih untuk menginap di rumah inap berkonsepkan ala kampung di tengah sawah padi ataupun di hotel-hotel berdekatan. 

day trip ke sekinchan sabak bernam
Sawah padi terbentang luas

3- Melawat Kilang Memproses Padi

Sebelum bergerak pulang kami sempat ke sebuah kilang pemprosesan padi yang juga dibuka untuk orang awam. Di sini kami dapat lihat pelbagai jenis mesin memproses padi dan juga terdapat juru pandu yang menerangkan setiap proses yang terdapat dalam kilang ini.

day trip ke sekinchan sabak bernam
Kilang memproses padi

Untuk masuk setiap pengunjung dikenakan bayaran kira-kira RM5/seorang dan juga terima cenderahati berbentuk beras dalam peket kecil. Selain itu terdapat juga kedai menjual cenderahati dalam kilang ini untuk pengunjung beli pelbagai barang dan makanan yang berasal dari kawasan sekitar Sekinchan.

Tempat Menarik di Sekinchan, Sabak Bernam Selangor

Selain tempat yang kami pergi kali ini ada juga tempat-tempat lain yang menarik di sekitar Sekinchan. Tapi masa ni kami tak sempat nak singgah semua. 

Antaranya ialah;
  • Sekinchan Sky Mirror
  • Pasar Ikan Sekinchan
  • Ah Ma’s House
  • Laman Tebu Aidil (sumber : Facebook)
Jadi untuk trip yang seterusnya ke Sekinchan dan sekitarnya boleh singgah tempat-tempat menarik dalam senarai di atas ini.

Post a Comment

0 Comments