Advertisement

Amalan Doa Supaya Anak Solat Tanpa Dipaksa

Sebagai ibubapa tentunya kita mahukan anak solat tanpa perlu dipaksa atau digertak. Jauh disudut hati kita juga mahukan yang terbaik untuk mereka dalam mencari kesimbangan ilmu dunia dan akhirat. 


Dalam mendidik anak mengenai kepentingan solat kita kadangkala mengunakan cara seperti memberikan ganjaran material seperti duit upah, makanan kegemaran dan sebagainya hanya untuk melihat mereka solat tanpa dipaksa.


Tanggungjawab Ajar Anak Solat Dari Awal Usia


Kita wajib mengajar anak solat ketika seawal berusia 7 tahun tetapi tanpa memaksa. Ini kerana untuk mendidik mereka haruslah melalui tempoh tertentu. Maka dalam tempoh asuhan antara 7 sehingga 9 tahun ini mereka harus diajar dan diajak bersolat. 


Namun Rasulullah SAW menegaskan untuk tidak memaksa mereka sepanjang tempoh tersebut.

solat tanpa kena paksa

Petua dan Amalan Doa Anak Solat Tanpa Dipaksa


Ajarkan Anak Solat Sejak Dari Kecil :

Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkan sembahyang semasa berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan) - Hadis riwayat Abu Daud


Antara doa yang boleh diamalkan oleh ibubapa dalam mendidik anak solat adalah dari ;


Surah Ibrahim ayat 40:


رَبِّ اجْعَÙ„ْÙ†ِÙŠ Ù…ُÙ‚ِيمَ الصَّلاَØ©ِ ÙˆَÙ…ِÙ† Ø°ُرِّÙŠَّتِÙŠ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَاء


Yang bermaksud; 

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."


Berikan Anak-Anak Pujian dan Galakan

Berikan pujian kepada anak-anak setiap kali mereka berjaya melaksanakan solat. Ini pastinya kan memberikan rasa gembira dan puas dihati mereka kerana telah bersolat. 


Dengan ini juga mereka akan menunaikan solat tanpa dipaksa dilain masa.


Sebagai ibu bapa juga kita seharusnya sentiasa berdoa agar anak-anak dan keturunan kita termasuk dalam kalangan mereka yang diberi hidayah serta taufik seterusnya mengerjakan solat. 


Insha'Allah Amin.

Post a Comment

0 Comments