Perjalanan kami ke sana mengambil masa kira-kira tiga hari dua malam. Masa dekat Ipoh kami menginap di Homestay H2H Majestic Condominium. Kami ke sini macam biasa nak makan di tempat menarik Ipoh sambil jalan-jalan.
Antara 6 Tempat Makan Menarik di Ipoh
Kebiasaannya kita mesti cari dulu review mana tempat menarik dekat Ipoh ni kan? Kali terakhir ke sini semasa sebelum PKP. Takut juga kalau ada tempat makan yang dah tutup ke atau sudah tamatkan perkhidmatan.
Jadi tempat makan dalam senarai di bawah adalah yang masih ada dan masih beroperasi lagi sehingga kini.
1- Miker Food
Nasib baik la cari dulu hari tu. Seingat saya kali terakhir pergi Miker Food ni terletak di Jalan Padang. Tapi jangan tersalah tau Miker Food dah pun beralih tempat di Riverwalk Kinta Riverfront. Saya personally sangat suka dengan pizza dekat sini.
Fresh dan toppingnya langsung tidak kedekut. Harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan. Kalau ke sini lepas makan korang boleh lepak dekat Kinta Riverwalk ni.
Ada permainan skuter dan juga motor bateri untuk anak-anak. Orang dewasa pun boleh je sekali naik tapi ambil la motor saiz yang besar.
Miker Pizza dan Spageti |
2- Restoran Suhaimi
Dah lama nak breakfast di Restoran Suhaimi ni. Tapi sebelum ni kami biasa breakfast dimsum jadi tak berkesempatan ke sini. Antara menu yang sedap dan patut dicuba termasuklah kopi Vietnam, Roti bakar goyang dan juga mee kari.
Memang sedap-sedap belaka semua menu. Penyediaan juga pantas dan tidak perlu menunggu lama. Yang lama cuma perlu beratur panjang untuk masuk ke kedai.
Roti bakar goyang |
Mee Kari |
Kopi Vietnam |
3- Laksa Kedah Padang Polo Ipoh
Kalau ada yang baca tentang trip kami Cameron lepas, kami tak stay sana sebab kejar nak makan Laksa Kedah popular dekat Padang Polo Ipoh. Sedap korang, pada saya la. Gerai mula dibuka seawal jam 5 petang.
Masa sampai pun memang dah mula ramai yang beratur untuk order laksa Kedah ni. Boleh tambah mee lebih kalau nak. Peniaga langsung tidak kedekut. Memang pure laksa Kedah. Rindu pula nak makan laksa Kedah dekat Air Terjun Tupah, di Merbok.
Tak cukup semangkuk laksa |
Ada tulis LAKSA KEDAH di lori (cari yang betul) |
Tempat duduk ada disediakan disebelah truck tetapi agak terhad. Yang makan kebanyakannya lepas makan terus bangun untuk beri laluan pada pelanggan lain.
Selesai makan korang boleh sambung beriadah di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz. Ada taman permainan dan juga trek joging di sini.
4- Restoran Pakcik Wong, Ipoh
Makan malam kami di Restoran Pakcik Wong ni adalah pada malam kedua. Sekembalinya dari Cameron Highlands. Tempat mudah nak cari cuma kena tunggu sekejap sementara nak dapatkan tempat duduk. Ramai juga pengunjung ke sini.
Antara yang sempat kami order adalah Sizzling Tofu. Anak-anak memang peminat tofu. Pada saya okay dan sedap. Makanan sampai ke meja pun cepat.
Sizzling tofu |
5- Restoran Nasi Vanggey
Hari terakhir kami di Ipoh sempat singgah makan tengahari di restoran Nasi Vanggey. Kalau ke sini memang merata-rata ada je cawangan nasi vanggey nih. Jadi senang sangat nak jumpa.
Masa makan pekerja kedai asyik "Vanggey! Vanggey! mai makan dulu" . Rupanya sebab itula kedai ini dipanggil Nasi Vanggey sebab cara lama dulu mereka panggil orang makan di kedai. Antara lauk pauk yang dihidangkan ialah pelbagai jenis kari, ayam goreng rempah dan madu serta masakan sayur-sayuran.
Harga pula standard kedai nasi kandar. Lauk pauk memang rich dengan flavour dan juga rempah. Jadi tak hairan kalau harganya sedikit tinggi. Pada saya sedap dan puas hati makan di sini.
Pelbagai lauk nasi kandar |
6- IPOH Hainan Chicken Rice
Apabila baca review orang Ipoh kata mereka makan nasi ayam Hainan di kedai lain. Cuma nak kedai yang disebutkan agak jauh. Memandangkan kami pernah makan di kedai IPOH Hainan Chicken Rice ini jadi tanpa buang masa cari kedai lain kami terus ke sini untuk makan tengahari.
Seperti dijangka kedai ni memang sangat ramai orang yang sedang menunggu untuk dapatkan meja. Jadi kena tunggu dan beratur. Mujur anak-anak tak meragam masa ni.
Antara menu yang diorder ialah set nasi ayam dan lauk pauk seperti tauhu dan tauge goreng.
Set nasi ayam Hainan |
Nak Ke Ipoh Lagi
Kalau ada peluang dan rezeki kami nak ke Ipoh lagi. Setakat ni saya ke sana memang kami cari makanan menarik dan juga beberapa lagi tempat menarik di Ipoh.
Semoga bermanfaat untuk korang yang sedang cari senarai tempat makan menarik di Ipoh, Perak.
0 Comments