Advertisement

4 Cara Tips Nak Dapat Tidur Nyenyak

Sejak beberapa tahun ini saya dah mula susah nak dapat tidur nyenyak. Atau senang kata nak dapat tidur 'mati'. Tidur yang mencukupi ini sebenarnya sangat penting untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. 


Saya pula kebiasaannya masa nak tidur fikiran akan mula terganggu dengan kerja rumah yang belum selesai. Lepas tu adakalanya masa dah nak terlelap terjaga pula entah sebab kenapa.


Kesan Dari Tidur Yang Tidak Nyenyak atau Kurang Tidur

Selalunya yang jadi mesti akan terjaga malam. Lepas tu dah susah nak lelapkan mata semula. Terkebil-kebil pandang siling. Kalau sekali terjaga tu tak mengapa lagi. 


Tetapi kalau beberapa kali terjaga antara kesannya ialah masa bangun pagi badan rasa tidak fresh.


Antara kesan tidur yang tidak mencukupi ialah ;

  • Badan akan jadi tidak segar dan sering kepenatan
  • Dapat menganggu sistem biologi dan fungsi tubuh badan
  • Mengurangkan imuniti seseorang. Lebih senang dapat penyakit.
  • Meningkatkan kadar penuaan tubuh. Kulit akan lebih senang kendur dan muka terlihat lebih tua daripada usia yang sebenar.
  • Kurang tidur bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan malah ianya boleh mengurangkan daya ingatan seseorang. 

cara dapat tidur nyenyak

Kenapa Kena Dapatkan Tidur Yang Mencukupi?

Kenapa kita kena dapatkan tidur yang mencukupi? Kalau kita tak cukup tidur kesan yang paling nampak ialah kita akan sering keletihan. 


Patutnya selepas bangun tidur kita akan rasa lebih bersemangat dan lebih segar kan? 


Tetapi disebabkan tidur yang terganggu tadi maka tubuh tak dapat nak rehat dengan efektif. Sel-sel tubuh yang rosak juga tidak dapat diperbaiki semasa kita tidur dan akhirnya mengurangkan imun badan. 


Apa yang akan terjadi selepas itu? 


Badan akan sentiasa letih, wajah kita kurang ceria dan nampak tidak bermaya. Nampak lesu sahaja.


Antara 5 Cara Serta Nak Dapat Tidur Yang Nyenyak dan Mencukupi

Menurut Sleep Foundation , antara beberapa perkara yang boleh dipraktikkan untuk dapat tidur yang nyenyak ialah;

1- Dapatkan suasana tidur yang nyaman

Cuba sediakan tempat tidur yang lebih nyaman (cozy). Contohnya kurangkan kecerahan lampu bilik, kurangkan bunyi persekitaran yang bising atau gunakan tilam yang menyokong postur badan

2- Kurangkan pengambilan kafein sebelum tidur

Kafein memang terbukti membuatkan mata kita lebih segar. Cuba kurangkan pengambilan makanan/minuman yang mengandungi beberapa jam sebelum tidur. 

Kalau tidak memang susah nak lelapkan mata dan dapatkan tidur yang mencukupi.

3- Urutan ringan membantu badan lebih relaks

Urutan dapat melegakan ketegangan otot yang seharian penat bekerja. Kalau dah berumahtangga boleh minta bantuan pasangan urutkan badan. 

Kalau saya pula biasanya minta bantuan anak-anak urutkan kaki atau lengan yang lenguh.

4- Bayangkan (visualizing) keadaan yang menarik sebelum tidur

Menurut artikel dari Sleep Foundation lagi, antara cara nak kurangkan masalah susah tidur adalah sambil berbaring anda boleh bayangkan keadaan atau gambar yang indah-indah. 


Caranya ialah dengan mula tutup mata kemudian kawal pernafasan anda (slowly breathing in and out). Selepas itu bayangkan anda benar-benar berada di tempat yang penuh ketenangan tersebut. 


Cara ini dipercayai dapat mengurangkan tekanan dan juga bantu melegakan anxiety.


Baca lagi: Cara Untuk Suri Rumah Kurangkan Tekanan (Stress)


Kesimpulannya

Antara cabaran sebagai seorang suri rumah ialah kerja rumah yang pelbagai untuk diselesaikan. Bukan untuk suri rumah sahaja, yang berkerja juga ada cabarannya tersendiri. 

Kadangkala dengan amalan gaya hidup yang mencabar ini membuatkan kita susah nak tidur malam dan akhirnya kurang rehat. 

Semoga dengan beberapa langkah untuk dapatkan tidur nyenyak seperti di atas dapat kita praktikan akhirnya rehat yang mencukupi dapat kita perolehi.

Post a Comment

0 Comments