Assalamualaikum & salam sejahtera semua para pembaca setia.
Tak lama pun bersiaran dari blog Airisbucket ni. Maklumlah memang blog saya ni baru lagi. Cuma saya sendiri dah berblog dari 2013 lagi.
Saya juga menulis di blog lain tetapi yang itu macam dah bercampur aduk sangat temanya. Jadi saya buatkan satu untuk lebih kepada log perjalanan serta aktiviti kami sekeluarga.
Selain itu kalau anak-anak dah besar nanti, mereka boleh rujuk blog ni for the memories.
Hampir kebanyakan kenangan dan pengalaman trip, aktiviti keluarga dan juga isu-isu anak-anak ni akan saya sematkan dan taipkan di sini.
Mana dapat nama Airis Bucket?
Airis ialah gabungan nama anak-anak saya berdua (setakat ni). Manakala bucket tu selalu mereka bawa masa ke pantai atau beraktiviti. Dan juga bucket melambangkan impian dan juga harapan mereka dan juga kami sebagai parents.
Itu sahajalah. Tak ada yang fancy-fancy sangat. Just direct to the point. Gitu...
Tapi kan, mungkin akan ada entry atau artikel yang tersasar sikit dari tema blog nih. Review mungkin, ideas mungkin..
Entah tengok macam mana yang sesuai.
Mungkin?
Tiada Idea Menulis di Blog
Sebab saya ni kan kadangkala tak ada idea nak menaip dekat blog. Jadi kalau tiba-tiba idea ada tu saya post sahaja walaupun tema tak serupa bikin.
Kalau ada tema tersasar tu saya harap para pembaca setia boleh berlapang dada membaca. Saya tetap cuba kekalkan tema travel, dan juga aktiviti kekeluargaan dan tips serta mungkin sedikit perkongsian homemade resipi dalam blog nih.
Komentar Terbanyak di Blog Airis Bucket
Saya bercadang untuk reward mereka yang selalu datang singgah di blog. InshaAllah jika ada rezeki lebih untuk bulan tersebut saya akan reward pada mereka para pembaca setia yang selalu singgah dan juga komen artikel yang ada dalam blog ini.
Saya juga taknak lah beri harapan palsu kan. Jadi teruskan support saya dan inshaAllah ada ganjarannya.
Hadiah setiap bulan ke? Tak juga. Pada bulan-bulan yang ada rezeki lebih saya akan kongsikan dengan para pembaca yang setia. Jadi surprise macam tu. InshaAllah.
Saya juga akan cuba kembali ke blog-blog rakan blogger yang sudi singgah di blog saya dengan lebih kerap.
Doakan ya supaya kemampuan saya sentiasa ada.
Akhir kata, terima kasih banyak kepada semua yang sudi singgah dan baca serta komen artikel di blog ini.
Anda memang terbaik!
0 Comments