Cuti sekolah dah pun bermula dari 25 Februari lepas. Tapi disebabkan anak-anak ada appointment untuk suntik vaksin (PICKids) maka kita dahulukan dulu perkara yang penting. Apabila semuanya dah sihat dan cergas kami bawa pula anak-anak ke Selangor untuk melawat Pusat Sains Negara (PSN) yang terletak di Bukit Kiara.
Bahan pameran yang ada di dalam Pusat Sains Negara ini direka untuk setiap lapisan umur. Selain itu pelawat juga berpeluang melihat dan belajar mengenai prinsip asas sains dalam bidang biologi, fizik, kimia serta sains tanah.
Pelbagai aktiviti saintifik boleh dicuba di sini. Anak-anak dan ibubapa juga dapat meneroka dunia mikro dan makro yang ada di dalam galeri.
|
Akuarium sebelum masuk ke galeri sains |
Perlu Booking Tempat Jika Ingin Melawat Pusat Sains Negara
Nasib baik juga lah sebelum ke sana kami buat research dulu. Rupa-rupanya sejak pandemik nih SOP baru Pusat Sains Negara telah diperkenalkan. Setiap pelawat yang ingin melawat perlu booking tempat dahulu sebelum ke kaunter tiket.
Jadi masa di kaunter tu kena lah tunjukkan kod booking yang akan kita terima melalui emel. Had suatu booking pula ialah 30 orang. Ada dua sesi yang dibuka untuk awam iaitu jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan juga sesi petang bermula jam 1.30 tengahari hingga 4.30 petang.
|
Pameran mikro dan makro organisma |
|
Pameran mengenai pemanasan global |
Oleh sebab perlu booking dahulu maka jumlah pelawat yang datang juga tidak ramai. Ini kerana setiap sesi terhad untuk jumlah yang telah ditetapkan oleh Pusat Sains Negara. Pelawat perlu book slot yang diingin sekurang-kurangnya sehari sebelum datang.
Pada saya bagus juga sebab apabila tidak ramai pengunjung maka anak-anak boleh cuba semua jenis aktiviti yang ada tanpa perlu berebut dengan pengunjung yang lain. Masa menunggu giliran juga tidak lama.
|
Permainan untuk kanak-kanak |
|
Simulasi gegaran gempa bumi |
|
Pameran pemandangan infiniti |
Dinasour Encounter Pusat Sains Negara
Kami ambil sesi petang sebab takut tak dapat datang awal pagi. Untuk Dinosaur Encounter pula kena bayar tambahan tiket untuk masuk. Macam di sini tak ada permainan interaktif seperti di Dinosaur Encounter Zoo Melaka. Jadi masuk pun tengok replika dinosaur yang bergerak sahaja.
|
Replika gunung berapi |
|
Tayangan dan penerangan mengenai spesis dinosaur |
|
Pameran replika bergerak saiz 1 : 1 |
|
Pintu masuk ke Dinosaur Encounter |
Okey juga sekurang-kurangnya selain anak-anak buat aktiviti di bahagian pameran sains sambil itu boleh tengok dinosaur juga kan. Setakat ni untuk rekod kami dah sampai ke tiga tempat Dinosaur Encounter yang ada di Malaysia. Antaranya di Zoo Teruntum Kuantan, Zoo Melaka dan juga yang terkini di Pusat Sains Negara.
Untuk semua yang ada kesempatan ke Selangor atau Kuala Lumpur boleh lah datang melawat Pusat Sains Negara ini dengan keluarga atau sahabat handai. Lawatan secara walk-in ke Pusat Sains Negara sudah tidak lagi diterima. Jadi jangan lupa untuk book slot dahulu sebelum ke sini.
Harga Tiket Terkini Pusat Sains Negara (2022)
Tiket Biasa:
Dewasa RM6, Kanak-kanak RM3
Tiket Dinosaur Encounter:
Dewasa RM15, Kanak-Kanak RM12
0 Comments