Terdapat banyak rupanya kebaikan limau bali atau pomelo ini. Kalau di Malaysia kita biasa panggil limau Tambun. Ini kerana pekan Tambun yang berdekatan dengan Ipoh sangat terkenal dengan penanaman pokok limau ini.
Pekan Tambun juga menjadi pengeluar terbanyak limau bali dengan kualiti yang lebih baik. Ketika kami ke Ipoh minggu lepas, kami sempat melawat salah satu kebun limau balik Tambun. Kebun Gochin Tambun Pomelo Agro Farm merupakan antara kebun yang popular di sini.
Limau Tambun di Gochin Tambun Pomelo Agro Farm
Gochin Tambun Pomelo Agro Farm ialah kebun yang mesra pengunjung atau pelancong. Kita boleh masuk secara percuma sambil melawat ladang limau bali ini. Selain pokok limau bali ada juga beberapa jenis tanaman agro yang lain terdapat di sini.
Semasa kami di sini kami juga diberi pendedahan dan penerangan tentang cara bagaimana limau bali ditanam dan juga beberapa khasiat serta kebaikannya.
Gochin Pomelo Agro Farm |
Khasiat Limau Bali, Limau Tambun (Pomelo)
- Limau bali ini kan sangat popular lagi-lagi masa tibanya Tahun Baru Cina. Masyarakat Cina percaya bahawa limau bali membawa tuah kepada keluarga.
- Ianya juga mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan bagus untuk kesihatan tubuh. Selain itu tinggi kalium mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung dan juga melegakan kekejangan otot.
- Buah limau bali juga amat kaya dengan serat. Ianya dapat membantu melegakan masalah sembelit dan juga lancarkan pencernaan dan kekalkan kesihatan usus yang baik.
Beli yang manis |
Besar rupanya pokok Limau Tambun ni |
0 Comments