Lama juga fikir nak beli barang IKEA online sahaja. Lebih mudah rasanya. Jadi beberapa minggu lepas kami ke IKEA Tebrau sebab nak beli katil single IKEA untuk bilik anak.
Tilam guna yang lama. Sebelum tu anak masih guna katil lama masa zaman saya mula kerja dulu. Saya beli katil jenis devan bersaiz queen. Cuma katil tu dah rosak di bahagian kayu bawah.
Jual Perabot Terpakai di Kedai Barang Secondhand
Kami memang sibuk mengemas rumah masa ni. Nak clearkan barang lama dan juga yang dah tak diperlukan lagi. Ada yang rosak memang terus dibuang.
Yang mana masih elok kami jual semula termasuklah set katil Queen lama dengan tilamnya sekali. Saya cari di Facebook dan terus hubungi mereka jika berminat.
Urusan pun semua dalam whatsapp dan sangat mudah. Hanya perlu beri gambar dan juga video perabot terpakai kepada pemilik kedai. Kemudian setelah pemilik kedai barang secondhand bersetuju, mereka akan datang untuk pick up semua perabot terpakai kami.
Harga tolak barang lama pun boleh tahan. Kira boleh la kami buat modal beli katil baru.
Aktiviti Declutter Bilik Anak
Lepas dah ada bajet dan modal dari jualan tersebut kami ke IKEA untuk cari katil anak yang baru.
Kenapa jual katil lama?
Sebab masa tu kami betul-betul rasa nak refresh rumah. Lagipun kalau anak pakai katil single pun dah cukup untuk dia. Ruang bilik jadi lebih besar dan ada tempat untuk bermain.
Kalau tidak memang penuh dengan katil sahaja. Bilik pun bukannya luas. Saya ada cerita tentang cara dan tips manfaat declutter rumah dalam artikel yang lepas. Boleh rujuk cara nak mula kemas rumah.
Cara-cara Nak Beli Katil Single IKEA
- Sampai sana memang kami terus ke bahagian pameran perabot.
- Bawa trolley yang disediakan untuk letak barang kelak.
- Ambil nombor kod perabot yang diiginkan serta tulis di kertas yang disediakan.
- Jangan lupa tulis juga nombor rak perabot tersebut disimpan.
- Teruskan ikut laluan dan setiap seksyen jika ingin beli barang yang lebih kecil seperti peralatan dapur, barang hiasan, lampu kecil ataupun pinggan mangkuk.
- Jika tiada terus ke bahagian stor penyimpanan untuk ambil perabot yang boleh anda bawa balik. Disetiap lorong ada nombornya sendiri dan juga nombor rak.
- teruskan ke kaunter bayaran untuk membayar
- Jika perabot tersebut besar maka teruskan ke bahagian penghantaran. IKEA boleh hantarkan ke rumah tapi ada casnya ye. Kena tanya dekat sana nanti atau rujuk website IKEA.
Boleh Sesat Dalam IKEA
Cara Beli Barang IKEA Malaysia Online
Katil single IKEA |
Katil single beli sekali dengan cadar IKEA. Simple sahaja bilik anak. Masih belum ada kesempatan nak cat baru atau ubah susun atur bilik. Doakan ada rezeki ya.
0 Comments