Roadtrip Pantai Barat Malaysia kami yang lepas bermula dari Johor ke Pulau Pinang. Sebelum perjalanan bermula perkara asas yang perlu diambil kira termasuklah keadaan kenderaan yang akan digunakan. Tahap kesihatan dan juga cuaca di tempat yang bakal disinggah nanti.
Kami mulakan perjalanan dengan memohon keberkatan dan keselamatan dariNya yang Maha Esa. Dilancarkan segala urusan dan permusafiran ini dimudahkanNya alhamdulillah.
Antara persiapan lainnya termasuklah bekalan ubat-ubatan untuk anak dan juga makanan ringan untuk isi perut jika terperangkap dalam kesesakan jalanraya nanti.
Road Trip Melalui Jalan Pantai Barat Malaysia
Check Point 1: Lenggeng, Seremban Negeri Sembilan
Mula-mula kami ke Lenggeng dulu singgah di rumah pusaka nenek di sana. Kemudian ambil mak sekali untuk join trip ke Pulau Pinang. Kalau dah di kampung ni biasanya kami masak dan makan di rumah sahaja. Sambil tu berehat dan bersedia untuk perjalanan hari seterusnya.
Oh ye, masa ni kami sempat hiking di Bukit Broga yang terletak sangat dekat dengan rumah nenek. Alang-alang nak berjalan kan, kita bakar sikit lemak dulu.
View dari puncak Bukit Broga |
Check Point 2: Sungkai, Perak
Antara pilihan menu Restoran Nasi Bamboo |
Check Point 3: Lumut, Perak
Check point kami ketiga ialah singgah dan bermalam di pekan Lumut, Perak. Masa ni kami stay di hotel bajet sahaja. Perjalanan kami ke Lumut disebabkan untuk bertemu dengan rakan kelas semasa sama-sama belajar di universiti.
Kami dah lama tak berjumpa disebabkan kekangan masa dan juga masing-masing dah bekeluarga.
Lumut Waterfront |
Antara tempat menarik di Lumut yang sempat kami singgah ialah Lumut Waterfront dan juga jeti ke Pulau Pangkor. Malamnya kami makan di kedai makan yang berhampiran dengan hotel tempat menginap.
Check Point 4: Taiping, Perak
Hari ketiga selepas check out dan bersarapan pagi kami terus ke Taiping, Perak. Perjalanan kami melalui jalan dalam kampung yang sangat menarik. Taiping adalah antara bandar yang dah lama kami nak singgah dan lawati.
Di sini kami menginap di Tune Hotel Taiping yang terletak di tengah bandar Taiping. Dekat dengan kedai-kedai serbaneka dan juga tempat makan.
Antara tempat menarik di Taiping yang sempat dilawati termasuklah Taman Tasik Taiping, Spritzer EcoPark dan juga Dataran Warisan Taiping.
Kagum tengok saiz botol mineral besar |
Pintu masuk ke Spritzer Ecopark Taiping |
Dah lama nak tengok pokok tertua yang popular di Taman Tasik Taiping ni akhirnya bertemu juga. Selain itu kami juga berkesempatan lakukan aktiviti mengayuh bot (Swan paddle boat) dengan kos sebanyak kira-kira RM30 untuk satu bot (4 orang).
Selain itu, kami sempat juga singgah makan mee udang di Kuala Sepetang yang terletak kira-kira 15 km dari pusat bandar Taiping. Dulu Kuala Sepetang ni dipanggil Port Weld dan merupakan sebuah perkampungan nelayan.
Naik Swan Paddle Boat di Taman Tasik Taiping |
Gerai Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang |
Besar saiz udang ni |
Mural Terbesar di Malaysia terletak di Taiping |
Lepas makan mee udang kami sambung makan durian Perak pula. Kebetulan ada gerai durian sebelah kedai makan masa tu.
Selesai isi perut kami ke Dataran Warisan Taiping pula untuk melihat pemandangan Taiping pada waktu malam. Anak-anak pula sempat bermain permainan kereta bateri dan juga berkasut roda dengan kadar sewa RM10 untuk setengah jam.
Bermain kasut roda dan motor berbateri |
Check Point 5: Pulau Pinang
Hari seterusnya kami bersiap untuk check out hotel dan bersarapan di gerai makan terdekat. Kemudian perjalanan kami diteruskan ke Pulau Pinang. Kami masuk ke pulau melalui jambatan kedua iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang membawa ke pekan Balik Pulau. Dari situ kami menyusuri jalan ke arah pusat bandar Georgetown.
Semasa dalam perjalanan kami sempat berhenti di kawasan empangan air Teluk Bahang. Kemudian kami terus ke Batu Feringghi untuk singgah makan tengahari.
Antara Tempat Menarik di Pulau Pinang
- Rumah P.Ramlee
- Penang Street Art
Antara mural yang popular di sini. |
- Bukit Bendera
Sempat ambil gambar train Bukit Bendera |
- Nasi Kandar Hameediyah
Makan nasi kandar di Hameediyah (trip sebelum PKP) |
Jalan-jalan makan pasembor di Padang Kota |
0 Comments