Pernah tengok rancangan realiti TV Marie Kondo atau kaedah KonMari tak? Dalam rancangan ni diajar tentang cara-cara nak mula berkemas rumah, susun barang, mulakan decluttering rumah dan pelbagai lagi tips mengemas.
Tetapi kalau ikut kaedah KonMari nih kena kemas satu rumah. Rasa memang tak ramai yang nak buat sebab mengambil masa yang agak lama. Antara sebab dan fokusnya ialah untuk hanya simpan barang-barang yang memberikan rasa gembira atau 'spark joy' sahaja.
Kalau anda rasa kaedah declutter satu rumah akan makan banyak masa dan tenaga, anda boleh mula dengan satu-satu ruang dahulu. Mungkin boleh mulakan dengan stor untuk minggu pertama, kemudian diikuti dengan ruang rumah yang lain.
Kenapa Declutter Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Mental?
Antara Manfaat Decluttering ialah;
- Tingkatkan produktiviti
- Mengurangkan Stress
- Kurangkan risiko penyakit lelah serta kurangkan alergi
Antara 5 Langkah Untuk Mula Declutter / Kemas Rumah ialah:
Kena Komited Untuk Berkemas (Commit Yourself to Tidy Up/Clean up)
Mula berkemas dengan penuh komited untuk bersihkan rumah atau tempat tinggal. Banyak manfaat yang kita boleh perolehi dari ruang rumah yang lebih besar selepas decluttering.
Tuliskan semua senarai barang yang anda tidak inginikan lagi. Jangan ragu-ragu untuk buang barang yang sudah tidak lagi berguna.
Asingkan antara yang masih boleh dijual/diberi pada orang lain dan juga yang sudah rosak. Letakkan barang tersebut di suatu bahagian yang telah ditetapkan.
Bayangkan Gaya Hidup Yang Ideal (Imagine What is Your Ideal lifestyle?)
Bayangkan hidup ideal yang anda inginkan. Jangan bandingkan kehidupan atau ruang rumah kita dengan orang lain. Tiada yang sempurna dalam dunia ini. Hidup dalam gaya minimalis juga mungkin lebih baik untuk kita.
Maka fikirkan tentang kebaikan yang akan anda dapat selepas decluttering. Antaranya anda akan dapat keselesaan dan ruang tinggal yang lebih luas. Selain itu juga minda yang lebih tenang.
Habiskan Aktiviti Buang Barang Tidak Diperlukan (Finish Discarding First)
Apabila ada barang yang memang sudah tidak boleh digunakan, jangan ragu-ragu untuk dibuang. Dulu saya juga sama suka simpan barang yang ada nilai sentimental. Tetapi akhirnya ianya memakan ruang dan semakin sukar dibersihkan setelah tersimpan lama.
Barang yang sudah tiada nilai tidak akan membantu produktiviti. Ianya hanya akan memenuhkan ruang dan menyempitkan rumah anda.
Susun Barang Ikut Kategori (Tidy by cateogory)
Ikut Aturan Yang Ditetapkan (Follow the order)
Sentiasa Bersyukur
Konteksnya di sini ialah kita perlu bersyukur setiap hari kerana setiap perkara dalam kehidupan ada fungsinya sendiri. Kita sepatutnya menjaga dan memelihara barang yang kita miliki dengan baik supaya ianya boleh digunakan dengan lebih lama. Selain itu dapat kurangkan pembaziran.
Bayangkan kalau kita tidak jumpa barang yang dicari akhirnya sehingga terpaksa beli yang baru. Kemudian apabila dah berkemas, kita jumpa semula barang tersebut.
Bukankah ianya suatu pembaziran yang sepatutnya dapat dielakkan.
Memang diakui kita selalu sayang sangat nak kurangkan dan buang barang yang dah rosak atau tidak digunakan lagi. Namun bayangkan kalau kita boleh jimat lebih banyak ruang dalam tempat kediaman dan jadi lebih selesa.
Mata pun sejuk sahaja lihat barang berada ditempatnya yang betul.
Jadi macam mana? Dah start decluttering ke tu?
0 Comments