Sabtu lepas teringin pula nak cuba makan di tempat makan best Ayer Hitam iaitu Lemang Kubor yang terletak dalam lima minit selepas keluar tol Ayer Hitam. Kalau tak silap tempat ini dikatakan antara port favourite geng 'bikers' dan 'rider' berhenti makan serta rehat.
Apa Yang Special di Kedai Lemang Kubor Ayer Hitam?
Menurut kedai ianya merupakan satu-satunya di Malaysia yang menjual nasi lemak yang dibakar dalam buluh. Menarik kan? Sampai sahaja di kedai rasa macam suasana Hari Raya pula. Dengan lemang dibakar di depan kedai. Kemudian menu yang ada pula kebanyakannya berasaskan rendang.
Saya memang peminat tegar rendang. Tak kisah rendang daging ke, rendang ayam ataupun lagi satu favourite saya rendang kupang. Dulu pernah hampir setiap jumaat makan di satu kedai dekat dengan plaza tol nak ke Tuas, Singapura semasa zaman kerja.
Semata-mata nak makan rendang kupang yang sedap dekat kedai makan tu.
Nasi Lemak Buluh Betung Rendang Ayam dan Sambal Udang Petai
Masa kami sampai dah agak lewat sebenarnya jadi rendang daging dengan ayam ungkep dah habis pula. Maka kami order Nasi Lemak Buluh Betung dengan rendang ayam dan juga sambal udang. Unik betul nama menu kedai ni.
Rendang ayam pencen kedai ni memang sedap. Cuma sayangnya saya tak dapat nak rasa rendang dagingnya.
Pada saya memang cukup rasa menu rendang ayam dan juga sambal udang petai. Nasi lemak yang dibakar dalam buluh pula memberikan satu bau yang wangi dan lembut serta sedap dimakan. Cuma portion memang banyak untuk seorang wanita (ehh wanita ye?..) makan.
Nasi Lemak Buluh Betung Rendang Ayam |
Nasi Lemak Buluh Betung Sambal Udang Petai |
Untuk orang yang bukan jenis makan banyak kena kongsi sahaja satu set Nasi Lemak Buluh Betung kemudian tambah lauk jika tidak mencukupi. Si anak pula tak dapat nak habiskan nasi lemak walaupun ayam rendang habis diratahnya. Jadi sayalah yang jadi tukang habiskan makanan tersebut.
0 Comments