Roadtrip kami dari Kuantan ke Mersing, kami telah singgah di beberapa pantai yang ada di sekitar Kuantan, Pekan dan juga Rompin Pahang. Menarik sangat sebab rupanya terdapat beberapa pantai yang cantik dan menjadi tumpuan penduduk setempat.
Semasa dalam perjalanan alhamdulillah cuaca sangat baik dan jalan juga kurang kenderaan. Kami pun tidak bercadang nak rush balik ke rumah.
Nak lihat dan nikmati pemandangan serta panorama setempat.
Antara Pantai Di Sepanjang Kuantan Hingga ke Rompin Pahang
1. Pantai Balok, Beserah
Pantai yang ada pelbagai jenis penginapan yang boleh cuba bermalam di sini. Menarik sebab ada banyak aktiviti pantai yang boleh kita sertai dan lakukan di sini.
Terdapat juga banyak kedai makan yang berdekatan dengan pantai. Jadi memang tidak perlu risau nak cari tempat makan.
Terdapat juga pelbagai jenis tempat penginapan Pantai Balok yang menarik jika nak duduk lama di sini.
2. Pantai Nenasi, Pekan
Dari Pekan menuju ke Kampung Nenasi akan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke satu jam perjalanan. Pantai Nenasi terletak di antara Pekan dengan Kuala Rompin, Pahang.
Keadaan dan pemandangan pantai memang sangat cantik pada saya. Indah memukau mata.
Tidak silap syaya jika ingin menikmati suasana kampung dan juga pantai, boleh menginap di pelbagai chalet dan homestay di sepanjang pantai.
Underrated mungkin sebab jauh maka tidak ramai pengunjung datang ke sini. Ada kampung dengan suasana pokok kelapa yang tersusun dan memang sesuai untuk yang suka bergambar ber-OOTD.
3. Pantai Hiburan, Rompin
Antara tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Rompin ialah Pantai Hiburan. Pantai ini terletak berhampiran pekan Kuala Rompin dan hampir ke Endau, Mersing.
Teringat pula dulu-dulu masa nak balik ke sekolah asrama di Kota Tinggi kami pasti melalui pekan Kuala Rompin ini dari arah Jempol, Negeri Sembilan. Siap boleh singgah makan udang galah lagi kalau lalu di sini.
Kuala Rompin memang terkenal dengan udang galah sepit biru kalau nak tahu. Saya masih ingat arwah abah biasa ke sini dengan geng memancing untuk memancing udang galah sepit biru jenis yang besar-besar pula tu.
Sekali bawa balik memang puas hati dapat makan beramai-ramai dengan ahli keluarga yang lain.
Mercu Tanda Rompin Pahang |
Pengalaman ke Pantai Timur Yang Sangat Unik
Itu antara pantai-pantai yang sempat kami sekeluarga singgah sepanjang dalam perjalanan balik ke Johor dari percutian ke Kuantan. Memang suatu pengalaman yang sangat menarik, unik dan tidak dapat dilupakan.
Mungkin jika ada kesempatan nanti, boleh di sini lagi inshaAllah.
0 Comments