Advertisement

Pengalaman Mewarna Batik di Natural Batik Village Balok

Antara aktiviti yang boleh dibuat dengan keluarga ketika melawat Kuantan ialah aktiviti mewarnakan batik sedia ada yang boleh didapati di Natural Batik Village, Balok Pahang. Jarak dari pusat bandar Kuantan ke sini adalah dalam kira-kira dalam 20 minit perjalanan. 

Semasa kami bercuti ke tempat menarik di Kuantan lepas sempat juga ke sini untuk membeli cenderahati dan juga sertai aktiviti mewarna batik di Natural Batik Village ini.


Aktiviti Mewarna Batik di Natural Batik Village, Balok

Tiket masuk ke Natural Batik Village adalah percuma. Parkir kereta juga berdekatan dan berhadapan dengan pusat ini. Tanpa melengahkan masa anak-anak mula memilih corak batik sedia ada yang boleh diwarnakan mereka. 


Nurin pilih bunga Rafflesia manakala Harith pula pilih gambar penyu untuk diwarnakan. 


Saya pula ke bahagian cenderahati sebentar untuk memilih beberapa helai kain batik untuk diberikan kepada ahli keluarga yang tidak dapat ikut serta semasa percutian ke Kuantan ini.


Pengalaman Mewarna Batik di Natural Batik Village Balok
Natural Batik Village Balok


Harga untuk corak-corak batik yang sedia diwarnakan adalah antara RM10 ke RM15 sekeping. Pengunjung juga boleh melihat cara-cara bagaimana batik dihasilkan di sini. 

Warna, berus dan juga tempat duduk khas untuk mewarna juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. 

Selepas batik berjaya diwarnakan oleh anak-anak, batik tersebut perlu dijemur sebentar untuk dikeringkan. Kemudian pembantu pusat Natural Batik Village akan bungkus dengan cermat untuk kami bawa pulang sebagai kenang-kenangan. 


Pengalaman Mewarna Batik di Natural Batik Village Balok
Antara cenderahati yang dijual di Natural Batik Village Kuantan

Pelbagai Cenderahati Di Natural Batik Village Kuantan

Pelbagai jenis cenderahati daripada kain sarung batik, kain bermeter untuk dibuat baju kurung juga ada dijual. Kain pula adalah dari jenis kain kapas (cotton). Cantik-cantik semuanya. Memang agak rambang mata semasa memilih.

Pengalaman Mewarna Batik di Natural Batik Village Balok
Memilih batik dan juga mewarnakan batik

Batik Yang Sudah Diwarnakan di Natural Batik Village Balok
 Batik Yang Sudah Diwarnakan di Natural Batik Village Balok

Masing-masing gembira betul apabila dapat selesaikan aktiviti mewarna batik yang dipilih. Kami juga beli tambahan batik untuk diwarnakan nanti di rumah. Pewarna juga disediakan jika memilih untuk bawa pulang. 

Lokasi : Natural Batik Village Balok

Kampung Cengal Lempung, 26100 Balok, Pahang

Post a Comment

0 Comments