Ahad lepas selepas hantar anak-anak ke sekolah, kami berdua ke kaki Gunung Pulai 1 yang terletak di daerah Pontian Johor. Kalau dari arah plaza toll Kulai cuma mengambil masa dalam kira-kira 15 minit perjalanan menaiki kereta.
Nak ke sini kena berhati-hati sebab banyak lori angkut batu keluar masuk. Ini kerana ada banyak aktiviti perlombongan kuari di tepi jalan menghala ke Gunung Pulai 1. Jadi kena lebih alert dengan lori yang tiba-tiba sahaja nak masuk ke lombong.
Pendakian Pertama 2022 Gunung Pulai 1 Johor
Ikut info dari pendaki yang lain Gunung Pulai 1 mula dibuka untuk aktiviti riadah dan rekreasi sejak awal Februari 2022. Selain itu terdapat juga peraturan-peraturan pendakian yang nampaknya lebih ketat daripada tahun-tahun yang sebelumnya.
Sejak PKP 1.0 saya dah lama tak mendaki (hiking) di Gunung Pulai ini. Antara sebab ialah ianya ditutup kepada umum selain terdapat kes kencing tikus dikawasan air terjun. Untuk kali ini alhamdulillah nampaknya ianya telah dibuka semula untuk aktiviti pendakian dan juga rekreasi di kawasan Eko Rimba.
Tiket masuk dan mercu tanda Taman Eko Rimba |
Peraturan Diperketat Untuk Aktiviti Pendakian Gunung Pulai 1 Johor
Disebabkan kami memang dah lebih setahun tak mendaki di sini maka ada peraturan-peraturan yang baru dan kami tak alert tentangnya. Antaranya ialah;
Botol air mineral (beli di kedai) tidak boleh dibawa masuk.
- Saya ada bawa botol 1.5 liter tapi kena letak di pondok renjer sebelum naik. Mujur ada bawa botol air sendiri (yang macam Tupperware tu). Yang itu dibenarkan bawa naik mendaki. Lain-lain tidak dibenarkan.
Bungkusan plastik juga tidak dibenarkan
- Saya bawa beg berisi makanan berbungkus plastik juga tidak dibenarkan naik (kena ikut polisi tiada plastik dibawa naik mendaki). Nasib baik dah sarapan sebelumnya jadi reda sahajalah.
- Jika nak bawa makanan perlu dalam bekas makanan sendiri (bawa la tupperware sendiri). Sebarang plastik yang boleh dan berpotensi mengotorkan hutan dilarang bawa naik.
Perlu Mohon Permit Jika Ikut Laluan Hutan
- Untuk pendakian melalui jalan hutan (Hutan Pelajaran) kena mohon permit di pondok renjer sebelum masuk.
- Jadi akhirnya kami ikut laluan bertar (asphalt road) dan ianya percuma. Sebelum ini kebiasaannya saya dan keluarga akan mendaki melalui jalan hutan Gunung Pulai dalam tahun 2018 tidak silap saya. Tetapi kali ini tiada rezeki nampaknya.
Kali ini memang nampak sangat tegas dalam hal kebersihan hutan. Bagus juga kan? Ini dibuat supaya trail mendaki dan juga kawasan hutan simpan sentiasa terpelihara dari pencemaran.
Permohonan permit mendaki Gunung di Johor |
Starting point jalan hutan melalui Hutan Pelajaran |
Masa Pendakian Melalui Jalan TAR ke Puncak Gunung Pulai 1
Kami dah lama tak training mendaki. Jadi memang agak perlahan kali ni. Nampak hikers lain semua dah ada yang mula turun dari peak walaupun masa naik sama dengan kami. Masa diambil kira-kira 1 jam 30 minit dari pondok renjer (pintu masuk) hingga ke puncak.
Jarak perjalanan mendaki dalam 5 km lebih dan jumlahnya kira-kira 10km lebih naik dan turun. Atas sekali kalau ikut jalan TAR akan berjumpa dengan tapak pencawang milik TM yang dikawal oleh pihak tentera. Jadi kalau boleh tak perlu sampai ke depan pagar pencawang.
Sebabnya kalau dekat sangat nanti tentera yang mengawal akan suruh kita turun jauhkan diri dari pagar tersebut. Cukup kita hormat dengan kerja mereka dengan tidak menganggu kawalan.
Penutup Pendakian
Siap ada penutup pendakian tu. Dah sampai bawah kami singgah minum dan alas perut sebentar di gerai penduduk kampung. Kalau ke sini insha'Allah tak perlu risau kelaparan sebab ada banyak gerai yang dibuka penduduk.
Selain untuk yang mendaki, ianya juga untuk mereka yang datang berekreasi di sungai-sungai dan air terjun di Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1 ini.
Kira-kira jam 11.40 am kami pun pulang semula ke rumah. Dan seperti dijangka seharian kaki saya sakit sebab lama tidak bersenam dan buat latihan sebelum mendaki.
0 Comments