Advertisement

Mandi & Berkelah Di Hutan Lipur Gunung Pulai Johor

Hari sabtu biasanya kelapangan tak ada banyak aktiviti selain mengemas dan memasak di rumah. Jadi awal pagi lagi kami sekeluarga bersiap-siap untuk mandi dan berkelah di hutan lipur Gunung Pulai 1 Johor. 


Jarak perjalanan dari Kulai ke Hutan Lipur Gunung Pulai 1 mengambil masa kira-kira setengah jam. Kalau dari arah tol Kulai kena belok ke kanan betul-betul selepas tol.


Mandi & Berkelah Di Hutan Lipur Gunung Pulai Johor
Masuk ke Kg. Sri Gunung Pulai 

Pengalaman Berkelah di Hutan Lipur Gunung Pulai 1 Johor


Semua kenderaan yang masuk untuk aktiviti sukan lasak ataupun berekreasi akan dikenakan bayaran parking. Nanti masa dah dapat tempat letak kereta kena beri tiket tu pada yang menjaga tapak berkenaan.

Kemudian bayaran masuk juga dikenakan untuk yang datang untuk berkelah. Jumlah bayaran adalah sebanyak RM1.00/orang. Kali ni pada saya persekitaran sungai nampak lebih terjaga dan lebih cantik dijaga. 

Kebanyakan yang datang lebih pada untuk berkelah dan mandi sungai. Tak nampak pula kalau-kalau ada yang camping. 

Selepas bayaran dilakukan dan scan QR Code kami terus mencari tempat untuk bentang tikar yang dibawa dari rumah. Kalau ke sini anda tak perlu risau bab makanan sebab ada banyak gerai makan dan minuman dalam jarak berjalan kaki. Gerai jual pelampung untuk kanak-kanak juga ada di sini. 

Mandi & Berkelah Di Hutan Lipur Gunung Pulai Johor

Mandi & Berkelah Di Hutan Lipur Gunung Pulai Johor
Bayar tiket masuk dulu RM1.00/orang

Mandi & Berkelah Di Hutan Lipur Gunung Pulai Johor
Antara peraturan yang perlu dipatuhi (kawasan persendirian)

Pondok Rehat Yang Boleh Disewa

Kalau ada bawa tikar sendiri boleh je bentangkan di mana-mana kawasan yang tiada orang. Kalau nak beratap boleh sewa pondok-pondok rehat yang disediakan oleh pemilik kawasan. Tak silap saya bayaran sewa pondok ialah RM15/pondok. 

Makanan sendiri dibenarkan bawa masuk dan juga khemah. Cuma sekarang ni nampaknya sudah tidak lagi dibenarkan untuk barbecue (BBQ). Beberapa tahun sebelum ini masih boleh cuma mungkin atas faktor kebersihan maka ianya sudah tidak dibolehkan. 

Mandi & Berkelah Di Hutan Lipur Gunung Pulai Johor
Anak-anak dah terjun dulu nampak sungai

Mandi & Berkelah Di Hutan Lipur Gunung Pulai Johor
Keadaan hutan yang tenang dan nyaman

Mandi & Berkelah Di Hutan Lipur Gunung Pulai Johor
Pondok-pondok sewa ada disediakan untuk kemudahan pengunjung

Mandi & Berkelah Di Hutan Lipur Gunung Pulai Johor
Dah macam Fish Spa pula

Anak-anak ikan ni kalau kaki kita diam je dalam air kan dia mula lah datang gigit-gigit manja. Geli pula apabila anak-anak ikan berkerumun dekat kaki macam dalam gambar tu (kaki Encik Abdul). Air sungai pula tidaklah seberapa dalam. Sesuai untuk kanak-kanak mandi di sini. 

Cuma pasir agak kasar dan juga banyak batu. Nasib baik anak-anak ada water shoe yang saya beli di Sport Direct beberapa bulan lepas. Boleh dibawa masuk ke dalam air tanpa ragu-ragu. Tak risau kaki sakit terpijak batuan tajam dalam air.

Mandi & Berkelah Di Hutan Lipur Gunung Pulai Johor

Setakat ini Hutan Lipur Gunung Pulai adalah antara tempat favourite kami sekeluarga untuk beriadah pada hujung minggu. Selain aktiviti mendaki gunung Pulai, hutan lipur juga adalah tempat anak-anak mandi sungai dan mendekatkan diri dengan alam. 


Lokasi :

Hutan Lipur Gunung Pulai 1

Jalan Air Terjun, Kampung Sri Gunung Pulai, 81000, Johor

Bayaran parking kereta : RM3.00

Bayaran masuk untuk berkelah : RM1.00/orang

BBQ : Tidak dibenarkan

Post a Comment

0 Comments