Siapa suka Korean fried chicken? Saya suka! Antara restoran ayam goreng Korea yang popular di Malaysia ialah K Fry Urban Korean. Salah satu cawangannya adalah di K Fry Holiday Inn Johor Bahru berdekatan dengan KSL City.
Encik Abdul dapat free coupon K Fry ni dah lama. Jadi sebelum expired lebih kita habiskan kan? Lagipun saya belum pernah ke cawangan K Fry di Johor lagi.
Selain cawangan di Johor Bahru, terdapat juga empat cawangan K Fry Urban Korean lain di Petaling Jaya, IOI Mall Putrajaya, Kuala Lumpur dan juga di Batu Pahat.
Perlu Beratur Panjang Sebelum Makan di K Fry Holiday Inn Johor Bahru
Order Korean Fried Chicken di K Fry Urban Korean
Kalau tengok menu je dah rasa nak cuba macam-macam makanan yang ada. Tapi nampak orang lain punya meja macam banyak je portion satu menu jadi kita try yang mini sahaja.
Lagipun kami bertiga sahaja kali ni. Nurin pula dekat rumah nenek tak ikut. Untuk menu boleh tengok di menu website.
Honey Butter & Spicy Yannyeom Chicken |
Menu yang paling disukai ramai. Walaupun order half portion pun dah cukup mengenyangkan. Nasib baik tak order yang ada cheese tu (bumbuk). Kalau tak memang kena bungkus bawa balik.
Nutella Madness |
Melon Mojito Ade |
Air yang menyegarkan tekak. Ice blended tu nak rasa juga jadi kami order juga sebab ada kupon tadi. Kalau tak jenuh juga nak bayar dengan harga makanan yang agak mahal di sini. Sesuai dengan konsep kedai dan juga bahan makanan yang ada diimport dari Korea.
Pedas-pedas manis ayam goreng Korea |
Nak datang lagi? Ya! suka sangat dengan ayam goreng Korea dekat restoran ni. Memang menepati citarasa. Cuma mungkin bukan selalu sebab kena kumpul bajet dahulu.
K Fry Urban Korean Johor Bahru
Lokasi : Holiday Villa Johor Bahru City Centre, 260 Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia
0 Comments