Advertisement

Amalan Doa Hari Jumaat

Terdapat banyak kebaikan jika membaca doa dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW terutamanya pada hari Jumaat. Selepas arwah saya meninggal banyak tinggalan buku-buku agama yang dibeli arwah ketika hayatnya.


Antaranya ialah buku Himpunan Doa dan Wirid Istimewa oleh Dr. Muhammed Hussein Ph.D. Dalamnya terdapat beberapa panduan doa & juga selawat untuk hari Jumaat dan juga hari-hari lain.


Buku ini mengandungi pelbagai doa, wirid dan amalan yang boleh kita lakukan untuk mendekatkan diri ke hadrat Allah SWT. Berfungsi sebagai seorang Islam yang mukmin dan dapat melaksanakan segala ajaran yang telah disampaikan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW. 


Amalan Doa & Selawat Hari Jumaat Yang Diberkati

Selawat Barriyah:

amalan doa hari jumaat


Amalan Doa & Selawat Hari Jumaat


Maksudnya: Ya Allah, Ya Tuhan yang senantiasa mengurniai kelebihan-kelebihan kepada manusia, Ya Allah yang memberi, ya Tuhan yang mempunyai pemberian yang baik, berikanlah ke atas Nabi Muhammad sebaik manusia dan ampunilah dosaku ya Tuhan yang maha mempunyai ketinggian.


Sumber : Bincang Syariah


Seperti yang ditulis oleh Dr. Muhammed Hussein dalam bukunya, selawat ini sangat baik dibaca pada malam atau hari jumaat sebanyak 10 kali. 


Bahkan bagi sesiapa saja yang membacanya dengan ikhlas maka Allah akan memberikan banyak kebaikan sebanyak 100 ribu kebajikan, dihapuskan kepadanya 100 ribu kejahatan dan diangkatkan darjatnya, insha'Allah.


Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments