Dah lama dah nak update itinerary travel ke Bukittinggi Indonesia yang lepas (sebelum PKP). Tujuan update supaya saya tak lupa jadual perjalanan kami yang lepas dan untuk panduan kawan-kawan lain yang berhasrat untuk ke Bukittingi, Padang Indonesia
Perjalanan kami mengambil masa selama 4 Hari 3 Malam.
Kedudukan Bukittingi, Padang di Sumatera Barat Indonesia
Ianya terletak di Sumatera Barat, Indonesia (West Sumatra) serta hampir satu jam perjalanan (flight travel) dari KLIA2 ke Padang. Untuk perjalanan yang lepas, saya bersama adik dan dua orang kawan lain bertolak menaiki penerbangan Airasia jam 0750 pagi dari KLIA2.
Kami tiba kira-kira jam 8.00 pagi (mengambil kira masa tempatan indonesia yang lewat sejam).Tiba di sana, Pak Supir memang dah ada menunggu dengan kereta Avanza, muat untuk kami berempat.
Masa tu tak bawa beg banyak pun, plan untuk jalan-jalan lihat tempat orang.
Kawasan ini di panggil Ranah Minang (Tanah Minang) kerana sebahagian besar penduduknya berketurunan Minangkabau. Ramai juga telah berhijrah ke luar antaranya ke Negeri Sembilan di Malaysia.
Tempat 8 TempatMenarik di Bukittingi Padang Indonesia
1- Singgah di Rumah Makan Lamun Ombak
Perjalanan diteruskan lagi namun sempat juga singgah makan tengahari di Rumah Makan Lamun Ombak.
Kebanyakan pelanggan merupakan pelancong dari Malaysia Kata pak supir orang Malaysia ramai yang memlilih untuk menjamu selera di sini.
Tips #1
Kalau makanan masakan padang, hidangan memang penuh satu meja. Kita perlu ambil yang nak makan sahaja.
Kalau nak rasa sedikit pun mereka akan kenakan bayaran walaupun lauk tak habis.
Tips #2
Adalah lebih baik booking hotel/tempat menginap lebih awal sebelum bertolak sebab ramai pelancong di sekitar Bukittinggi dan takut-takut tak dapat bilik untuk menginap.
2- Air Terjun Lembah Anai
Sepanjang perjalanan kami singgah di salah satu air terjun yang sangat cantik kawasan nya. Ikut kata pak supir, kalau selalu basuh muka guna air di lembah Anai ni boleh awet muda.
3- Muzium Rumah Gadang
Perjalanan diteruskankan lagi ke Padang Panjang yang mana terletak sebuah muzium Rumah Gadang dan pemandangan disini memang sangat-sangat lah cantik. Subhanallah.
Sebelum tu, makan dulu satay minang.
Di sini kami berpeluang untuk cuba pakaian tradisional minangkabau yang dipakai oleh pengantin berketurunan Minang. Memang cantik-cantik sangat semua baju tradisinya.
Tips #3
Setiap pakaian yang dicuba dikenakan sewa yang tertentu (ketika ini kira-kira 35,000 Rp)
Masa ni kami tinggal di sebuah dorm di Guguk Panjang (Untuk solo/group travellers).
Pendapat saya tidak berapa sesuai untuk keluarga. Satu sebab bawah tempat menginap adalah kafe yang agak bising waktu malam.
Lagi satu laluan ke atas agak sempit untuk mereka yang bawa beg besar.
Masjid di kawasan kampung Desa Pandai Sikek |
Jam Gadang |
4- Sulaman di Desa Pandai Sikek
Sebelum check in pak supir bawa kami melawat ke Desa Pandai Sikek. Di sini kebanyakan penduduk di sini sangat mahir bertukang dan menenun kain songket.
Ada juga terdapat pelbagai jenis rekaan kain sulaman untuk dijual.
Pelbagai jenis telekung bunjut (telekung travel) |
Perusahaan sulaman |
5- Rumah Buya Hamka
Kami juga dibawa melawat rumah asal Prof. Dr Hamka ataupun lebih dikenali di sini sebagai Buya Hamka. Ada juga beberapa buku Prof. Dr Hamka yang berjaya di beli di Rumah Hamka.
6- Lubang Jepang/ Ngarai Sianok
Antara tempat-tempat lain yang kami lawati ialah terowong peninggalan zaman Jepun, Lubang Jepang. Dari situ juga ada kawasan yang kita boleh tengok Ngarai Sianok yang sangat la cantik.
Bukittinggi memang banyak kawasan yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik !
Tips #4
Kalau nak shopping souviner sangat la patut kalau beli disini. Ini kerana harganya yang lebih murah serta lebih banyak pilihan.
Gerai-gerai souviner sangat banyak terdapat di sekitar kawasan Lubang Jepang/ Ngarai Sianok
7- Istana Pagar Ruyong, Batu Sangkar
Hari seterusnya, kebanyakan masa kami ke kawasan pelancongan utama seperti Istana Pagar Ruyong di Batu Sangkar, kawasan yang menempatkan kesan peninggalan pemerintahan awal dan asal usul adat Perpatih.
Tips #5
Di seberang jalan Istana Basa Pagar Ruyong terdapat banyak gerai cenderahati dan gerai barangan kulit. Kalau berhajat nak beli barangan kulit (kulit lembu) boleh beli di sini.
Harga juga lebih murah jika pandai tawar menawar. Setakat ini beg kulit yang kami beli masih utuh dan cantik dipakai seakan buatan jenama terkenal.
8- Lembah Harau, Paya Kumboh.
Kemudian pada hari ketiga, kami memilih untuk stay di Lembah Harau, terletak di Paya Kumboh. Kali ni memang agak terjah juga sebab kami belum pun book chalet terlebih dahulu.
Jadi ni kira tindakan yang agak kurang bijak juga.
Dan alhamdulillah nasib kami baik dapat satu chalet untuk satu malam sebelum berlepas pulang hari seterusnya.
MasyaAllah disini memang sangat-sangat cantik lagi-lagi masa selepas subuh. Di sini ada pilihan untuk memancing di kolam yang ada di depan chalet.
Memandangkan masa tu masa terhad kami tak ambil pun pakej memancing tu. Seronok kan? Kalau tinggal sini dalam dua malam, mungkin sempat nak try memancing sekali.
Kembali Ke Padang
Hari ke 4 , pagi-pagi kami bertolak ke Padang untuk tunggu penerbangan balik ke Malaysia. Ini pengalaman pertama saya ke Sumatera Barat, Indonesia. Dan inshaAllah saya akan kembali lagi ke sini.
Sekian sahaja la kisah jalan-jalan kami ke Bukittinggi, Padang Indonesia. Pak supir yang kami hire masa tu memang terbaik, langsung tak jemu nak tolong dan paling penting siap jadi cameraman sekali.
4 Comments
Salam.. terima kasih perkongsian.. menarik❣️🤩 cadang nak pergi bulan empat ni.. boleh dapatkan no telefon pak supir tu tak..
ReplyDeleteWaalaikumussalam, terima kasih. Kami guna perkhidmatan supir Aldi Safri, boleh whatsapp dia di +6281363385879
Deletehai nak tanya...berapa estimate cost bayar transport mase puan pegi sana
ReplyDeleteSebenarnya saya pun dah tak berapa ingat..nanti saya cuba cari balik costing.
Delete