Advertisement

Aktiviti Berkelah di Pantai Purnama Port Dickson Yang Cantik

Disebabkan hari minggu dan Pantai Teluk Kemang pula ramai pengunjung maka kami terus ke Pantai Purnama yang tidak seberapa jauh dari situ. Ini pun sebab ada majlis bertunang di Jempol jadi kami sekeluarga sempat singgah ke Port Dickson sekali. Kalau dah ke pantai ni kenalah bawa persiapan ke pantai dengan kasutnya, tikar dan beberapa barangan lain.


Antara Pantai yang Cantik Pantai Purnama Port Dickson

Untuk info Pantai Purnama ini antara yang kurang sesak dengan pengunjung di Port Dickson. Rasanya mungkin sebab kedudukannya yang agak tersorok. Selain itu kalau nak mandi laut dan berkelah disini dinasihatkan untuk bawa makanan sendiri sebab seingat saya cuma ada satu kedai makan. 


Kedudukan tandas awam dan bilik mandi pula di bahagian atas. Kena mendaki sedikit dari arah pantai. Keadaan tandas pula bersih dan dijaga dengan baik untuk kemudahan pengunjung. Pada saya kemudahan di sini memang agak lengkap.


Suasana di Pantai Purnama dan sekelilingnya juga nampak lebih tenang dari Pantai Teluk Kemang. Cuma kalau nak beli makanan tu tak sebanyak pilihan yang ada di pantai-pantai lain sepanjang jalan Kemang ini.


Pantai Purnama Port Dickson yang cantik
Bersebelah dengan Klana Beach Resort (Nampak balai cerap langit dari pantai ini)

Keadaan Pantai Yang Agak Cetek dan Tenang Tetapi Berbatu

Berbanding dengan Teluk Kemang, saya rasa kalau nak mandi di sini kena berhati-hati sebab pantainya banyak batu-batuan dan juga terumbu karang (coral) yang sudah mati. Sakit juga kaki apabila terpijak masa bermain di pantai. 


Dinasihatkan supaya pakai kasut untuk mandi laut (swim shoes, aqua shoes) tu kalau tidak mahu kaki sakit. Antara aktiviti yang kami lakukan ialah mencari anak ikan dengan tangguk kecil. Sempat juga beli masa singgah makan tengahari di kedai makan terdekat. 


Masa sampai ke pantai pun dah agak petang, air agak surut jadi nampak banyak anak ikan berenang berkumpulan di sini. 


Pantai Purnama Port Dickson yang cantik
Menangguk anak ikan di Pantai Purnama

Pantai Purnama Port Dickson yang cantik
Pantai Purnama Port Dickson

Secara keseluruhannya memang agak seronok mandi pantai dan juga berkelah di Pantai Purnama Port Dickson ini. Anak-anak lagi lah happy dapat main air. Apabila dah mula masuk asar keadaan pantai nampak sangat cantik dan tenang. 


Rasa best lagi dekat sini berbanding Teluk Kemang. Cuma tiba waktu puncak memang boleh sesak juga. Kalau nak bersesi photo shoot memang sesuai sangat dekat sini. Cantik! 


Sepanjang pandemik ni banyak aktiviti ke pantai sebab nak hiking contoh ke Gunung Angsi pun tak sempat dan banyak gunung di tutup untuk aktiviti pendakian.


Pantai Purnama Port Dickson yang cantik
Lari-lari tepi pantai..gituu

Pantai Purnama Port Dickson yang cantik
Test photo shot

Pantai Purnama Port Dickson yang cantik
Air cetek sahaja walaupun dah ke tengah laut.


Kesimpulannya, kalau nak mandi laut dengan tenang di Port Dickson bolehlah ke Pantai Purnama ini. Selain pemandangan yang cantik dan juga air yang agak cetek, anak-anak juga lihat ikan-ikan dan juga anak ketam dengan jelas. 

Kalau bercadang nak menginap di Port Dickson lama boleh juga terus ke Melaka ikut jalan lama melalui jalan kampung. Sambil tu boleh singgah ke Zoo Melaka & Night Safari.

Pantai Purnama Port Dickson

Lokasi : Jln Kemang 12, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan


Post a Comment

0 Comments