Dah buat gula-gula dalgona yang pernah viral hari tu. Saja nak letak sini untuk rujukan masa depan.
Kisahnya anak-anak main squid game dalam Roblox. Drama Squid Game tu saya tak bagi mereka tengok sebab ada adegan yang tidak berapa sesuai untuk anak-anak bawah umur.
Tapi macam mana diaorang ni tahu mengenai dalgona candy ni?
Sebab game di Roblox tu ada game yang kena pecahkan bentuk gula-gula dalgona tu. Jadi dari situ la idea nak try buat muncul.
Okey jom saya kongsikan cara-cara nak buat gula-gula dalgona yang katanya sangat popular di Korea ni.
Masa saya ke Seoul dulu tak perasan pula orang jual. Mungkin sebab belum viral agaknya.
Resepi Gula-Gula Dalgona Mudah
Bahan-bahannya;
- Gula pasir dalam 2 - 3 sudu makan
- Soda bikarbonat ( secubit kecil- agak-agak je)
- Senduk tahan panas (tahan api dapur)
- Parchment paper/kertas minyak (yang buat alas untuk baking tu)
- Loyang biskut (untuk dijadikan bentuk)
- Bekas aluminium untuk menekan gula cair (disapukan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat dengan gula)
Cara Buat Dalgona Candy
- Buka air dapur (sederhana besar)
- Panaskan gula pasir di dalam senduk tahan panas
- Kacaukan gula yang mula mencair (jangan sampai hangus)
- Apabila semua gula cair masukkan secubit soda bikarbonat
- Kacau laju-laju sehingga pekat
- Tuangkan diatas parchment paper tadi
- Tekan gula yang cair dengan bekas aluminium sekali sahaja
- Kemudian tekan dengan loyang kuih (untuk bentuk)
- Tunggu sehingga sejuk dan sedia untuk dinikmati.
- Kacau jangan sampai hangus.
- Sikit je soda sebab kalau banyak nanti pahit
- Tuang atas kertas parchment (kertas minyak)
Jadi lah dua bentuk untuk anak berdua.
Caramel Ice Latte dengan Dalgona Candy
Hah! Jadi dah dalgona candy ni. Anak-anak seronok nak pecahkan ikut bentuk acuan tu sahaja. Rasa sedikit sahaja lepas tu tak nak dah.
Gula-gula dalgona ni jangan dibuang kalau tak habis, tetapi boleh dicampurkan dengan bancuhan air kopi. Boleh la buat caramel ice latte ke kan, sedap!
Selamat mencuba semua.
0 Comments