Advertisement

Masak Sambal Kentang Dengan Ikan Bilis Berlada

Kalau nak cepat memasak antara lauk favourite ialah sambal kentang dengan ikan bilis berlada. Kalau nak mengancam lagi guna cili api bagi pedas. Apapun, dah dua tiga hari hujan tak berhenti dekat rumah nih. Alhamdulillah sejuk je rasa. 


Berbalik pada sambal kentang dengan ikan bilis garing goreng pedas-pedas nih selalunya lauk ni cepat je habis. Mahu bertambah nasi dibuatnya. Jom saya kongsikan resipi dan cara nak masaknya.


Sambal Kentang dengan Ikan Bilis Berlada  :

Antara bahan-bahan utama sudah tentunya kentang dan juga ikan bilis. Ikan bilis ni kena guna yang jenis sederhana besar baru sedap nak mengunyah. Kalau besar sangat kadang-kadang penat mulut nak mengunyah. 

Tapi apapun terpulang pada selera masing-masing la kan. Ada yang suka ikan bilis mata biru Pulau Pangkor, ada yang suka jenis yang besar dan masin. 

Bahan Untuk Masak Sambal Kentang Ikan Bilis

  • Ikan bilis segenggam (kira-kira dalam 50 gram) 
  • Kentang 1 biji sederhana besar
  • Garam , gula secukup rasa
 
Bahan-bahan tumbuk :
  • Cili padi/api segenggam (kira-kira dalam 8 ke 10 tangkai)
  • Bawang merah/kecil 4 biji
  • Bawang putih 2 ulas
 
Cara-caranya :
  • Kupas kentang, bersihkan dan potong dadu 
  • Bersihkan ikan bilis dan rendam dalam air sebentar kemudian toskan rendaman
  • Panaskan minyak masak kemudian goreng ikan bilis sehingga garing dengan api kecil sahaja.
  • Ketepikan ikan bilis kemudian goreng kentang tadi serta ketepikan dahulu.
  • Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis
  • Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau dan juga sedikit garing
  • Masukkan garam, gula secukup rasa
  • Kemudian masukkan kentang dan juga ikan bilis yang telah digoreng tadi
  • Gaulkan rata
  • Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.
 
Sambal Kentang Dengan Ikan Bilis Berlada
 Sambal Kentang Dengan Ikan Bilis Berlada

Sambal Kentang Dengan Ikan Bilis Berlada
Goreng ikan bilis sehingga garing

Cara Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup

Ikan bilis tu kalau nak betul-betul garing kena goreng dengan api sederhana ke perlahan. Kalau guna api besar ikan bilis akan cepat hangus dan tak sempat nak garing. Cili padi tu pula kalau tak suka pedas sangat boleh gantikan dengan lada merah (cili merah) yang besar-besar tu. 
 
Jadi anak-anak sekeluarga pun boleh makan bersama. Selamat mencuba semua.

Post a Comment

0 Comments