Saya nak kongsikan tentang perjalanan percutian kami yang dirancang agak last minute ke 'Bandar Ikan Patin' Temerloh dan beberapa tempat menarik di Kuala Gandah Lanchang negeri Pahang. Misi kali ini ialah untuk mencari ikan patin masak tempoyak dan juga ke mercu tanda titik tengah Semenanjung Malaysia.
Mercu tanda bandar Temerloh |
Antara Tempat Menarik di Temerloh dan Kuala Gandah, Pahang
1- Kubang Gajah Waterpark, Temerloh
Masa cari tempat mandi manda untuk anak-anak dan sepupunya, akhirnya jumpa cadangan ke Temerloh iaitu ke Kubang Gajah Waterpark yang terletak di tengah bandar Temerloh. Dekat dengan restoran masakan ikan patin, Gobang Maju.
Harga masuk sangat berpatutan dan juga pengunjung boleh bawa makanan sendiri ke dalam. Ada beberapa pondok untuk disewa disediakan untuk kemudahan pengunjung. Biasanya hujung minggu kami mendaki gunung atau bukit bersama anak-anak. Tapi kali ni bawa pergi main air kolam pula ke Pahang.
Harga tiket terkini kena check di FB Official mereka.
Harga tiket Kubang Gajah Waterpark |
Berkelah dan main air di Kubang Gajah Waterpark |
Kami bertolak sekitar jam 9.00 pagi melalui Gombak terus ke Temerloh ikut LPT. Perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam lebih juga disebabkan kami berhenti untuk isi minyak dan ke RNR.
Baca juga : Pengalaman Mendaki Gunung Lambak, Kluang Johor
2- Restoran Ikan Patin Tempoyak Gobang Maju
Sampai di Temerloh mula-mula kami singgah makan tengahari dulu di Restoran Gobang Maju. Misi mencari ikan patin tempoyak dan juga makanan lain tercapai. Memang sedap tak hanyir ikan patin tempoyak di sini.
Makan nasi panas dan lauk ikan patin tempoyak |
Habis makan kami terus ke Kubang Gajah Waterpark mandi manda di kolam rekreasi yang disediakan. Alhamdulillah cuaca amat baik hari tersebut dan anak-anak sangat gembira main air.
3- Esplanade Temerloh
Selesai aktiviti mandi kolam, kami bergerak ke hotel untuk check in dan berehat sebentar serta solat. Kira-kira selepas asar kami bergerak keluar ke Esplanade Temerloh yang terletak betul-betul disebelah sungai Pahang.
Terdapat pekan sari (pasar malam) yang tidak silap setiap selasa petang hingga ke malam. Pelbagai jenis makanan masakan Pahang boleh dibeli di sini.
Pekan Sari di sekitar Espalanade Temerloh |
Di Esplanade ini juga terdapat foodcourt yang disediakan untuk penduduk tempatan dan luar untuk menikmati pelbagai jenis lauk pauk dan masakan panas mengikut selera masing-masing sambil dapat melihat pemandangan sungai Pahang dan mercu tanda bandar Temerloh.
Habis aktiviti meronda di Esplanade Temerloh kami kembali ke hotel untuk bersihkan diri dan berehat sementara menunggu malam. Makan malam kami cuma makan di kedai bersebelah hotel tempat menginap.
Hari seterusnya, selesai check out dan sarapan pagi, kami terus menghala ke Kuala Gandah untuk aktiviti seterusnya. Sebelum sampai ke Kuala Gandah kami singgah di mercu tanda Titik Tengah Semenanjung Malaysia yang terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang Pahang.
4- Monumen Titik Tengah Semenanjung Malaysia
Alhamdulillah sempat bergambar dengan monumen Titik Tengah semenanjung Malaysia yang mana ini adalah pengalaman kali pertama kami di sini. SubhanAllah, sungguh saya tak sangka saya akan jejakkan kaki di titik tengah semenanjung Malaysia, alhamdulillah syukur.
Mercu Tanda Titik Tengah Semenanjung Malaysia |
5- Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre)
Selesai aktiviti di sini kami terus ke Kuala Gandah bertujuan melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre) yang ada di sini. Menurut info yang diterangkan, ini adalah satu-satunya pusat konservasi gajah yang ada di Malaysia dan masuk adalah percuma.
Acara gajah mandi sungai |
Acara beri gajah makan |
Namun, pengunjung boleh memilih untuk memberi sumbangan kewangan di kaunter masuk sebagai tanda menyokong usaha pemeliharaan gajah-gajah yang ada di sini.
Selain dapat melihat gajah-gajah liar diberi perlindungan dan keselamatan dari ancaman pupus, kami juga berpeluang melihat anak-anak gajah mandi di sungai bersama penjaga mereka dan ada acara beri gajah makan. Jika air sungai tidak tinggi, pengunjung juga boleh bersama-sama mandi sungai bersama gajah-gajah ini.
6- Deerland Park, Lanchang
Seterusnya kami ke Deerland Park, Lanchang yang terletak kira-kira tidak jauh dari Pusat Konservasi Gajah. Ini adalah kawasan milik dan diuruskan secara persendirian. Pengunjung berpeluang menikmati keindahan semulajadi disamping memahami habitat haiwan liar yang dijaga di sini.
Deerland Park, Lanchang |
Alhamdulillah, anak-anak sangat gembira dengan percutian kali ini ke Temerloh dan Lanchang, Pahang. Selain dapat mandi kolam rekreasi, mereka juga dapat merasa pengalaman back to nature dan dekat dengan alam semulajadi.
Sebelum pulang ke tempat asal, kami sempat singgah makan tengahari di gerai di sekitar kampung yang ada di Kuala Gandah ini.
Harap dapat kembali lagi ke Temerloh selepas trip ini.
6 Comments
Selamat bercuti dan beriadah
ReplyDeleteTerima kasih Wak
Deletemercu tanda titik tengah tu nampak menarik. rasanya pernah ke sanctuary gajah tu tapi zaman sekolah dulu
ReplyDeleteMercu tanda ni tak silap baru dibina..boleh pergi lawat Sal
DeleteComelnya gajah tu. Lama tak tengok haiwan ni
ReplyDeleteGajah sini macam dah tak takut orang hehe
Delete