Advertisement

Pengalaman Hiking Gunung Berembun Telapak Buruk

Cerita throwback kami lepas berjaya mengikuti trip hiking dengan organizer Malaysia Outdoor Adventure dengan line-up seramai 13 orang. Hiking Trans Gunung Berembun Gunung Telapak Buruk di Negeri Sembilan bermula dengan berkumpul di Masjid Kariah Kampung Pantai. Masjid ini terletak di daerah Jelebu kira-kira jam 3.00 pagi. 

Masa sampai di masjid rupanya ramai pendaki-pendaki lain yang bermalam di situ. Kami ambil masa sedikit untuk pembahagian ration oleh krew dan bersiap-siap untuk bergerak ke starting point Gunung Berembun berdekatan Loji rawatan air Kampung Pantai. 

Hiking di Gunung Berembun Telapak Buruk Jelebu Negeri Sembilan
Gambar kenangan di puncak

Pendakian Gunung Berembun Telapak Buruk Jelebu Negeri Sembilan

Setelah selesai taklimat dan sesi regangan badan, kami semua sedia untuk mendaki berbekalkan doa dan semangat untuk masuk dan keluar dengan selamat. Kami mula mendaki seawal 4.40 pagi. Pendakian agak santai pada mula kerana trail yang landai cuma betul-betul di tebing curam. 

Langkah diatur secara berhati-hati supaya tidak tersadung akar-akar pokok dan juga untuk elakkan dari tergelincir. 

Hiking di Gunung Berembun Telapak Buruk Jelebu Negeri Sembilan
Menuju ke Gunung Telapak Buruk selepas Gunung Berembun

Berehenti Berehat Sebentar di Lata Berembum

Kami berhenti rehat sebentar di Lata Berembun , kawasan sungai dan air terjun kira-kira jam 5.30 pagi untuk solat dan bersedia untuk melintasi sungai melalui batu-batu. Kawasan ini agak popular dengan pendaki yang bercadang untuk berkhemah sebelum ke puncak gunung. 

Hiking di Gunung Berembun Telapak Buruk Jelebu Negeri Sembilan
Lata Berembun

Hiking di Gunung Berembun Telapak Buruk Jelebu Negeri Sembilan
Lata Berembum

Setelah semua ahli kumpulan berjaya melintasi sungai, perjalanan kami diteruskan ke checkpoint yang ke dua iaitu di Gua Kambing. Di sini juga ada waterpoint yang mana airnya sangat jernih dan sesuai diminum. Kami ambil peluang untuk rehat sebentar dan makan sarapan nasi lemak yang telah dibekalkan oleh penganjur.

Hiking di Gunung Berembun Telapak Buruk Jelebu Negeri Sembilan
Encik pacat pun nak ikut mendaki


Selesai rehat, perjalanan kami diteruskan untuk summit attack yang lebih mencabar kerana trail selepas Gua Kambing ini agak mencanak sehingga ke puncak. Badan yang memang sudah letih dan kepenatan mendaki tidak dapat diungkapkan disini melainkan masih berbekalkan semangat ingin ke puncak maka langkah tetap diteruskan. 

Tidak silap, ada ahli kumpulan yang cramp kaki di sini. Tetapi alhamdulillah keadaan terkawal dan di temani oleh guide paling belakang (sweeper) sehingga ke puncak.

Hiking di Gunung Berembun Telapak Buruk Jelebu Negeri Sembilan

Sampai dipuncak Gunung Berembun kami ambil masa berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Telapak Buruk iaitu sampai di kawasan bekas pesawat pengebom lama Royal Air Force B-24 Liberator terhempas ketika berlakunya perang dunia ke-2 (WWII). 

Jika ikutkan sejarahnya kapal ini terhempas ketika menghantar bantuan kepada pejuang-pejuang yang berada di dalam hutan ketika itu. 

Kami berhenti hingga ke sini sahaja, jika diikutkan hanya dalam sedikit jarak lagi untuk ke puncak Gunung Telapak Buruk tetapi disebabkan kekangan masa kerana kami semua bercadang untuk keluar dari gunung jika dapat sebelum malam maka kami berhenti berehat sahaja di sini. 

Kira-kira jam 1.00 lebih tengahari, semua ahli mula bergerak turun dan naik semula ke puncak gunung Berembun untuk berhenti solat dan rehat sebelum sambung pendakian turun ke Gua Kambing seterusnya kembali ke Lata Berembun untuk mandi sungai dan berehat. 

Hiking di Gunung Berembun Telapak Buruk Jelebu Negeri Sembilan
Trek pendakian melalui beberapa batang anak sungai

Ada yang ambil kesempatan 
berehat ini untuk makan dan sebagainya. Kira-kira jam 6.00 pm kami semua mula bergerak turun ke starting point dan tiba di parking kira-kira jam 6.50pm. 

Hiking di Gunung Berembun Telapak Buruk Jelebu Negeri Sembilan
Bergambar kenangan keluar hampir jam 7 petang dari hutan

Alhamdulillah misi untuk keluar sebelum malam berjaya tanpa ada sebarang kecederaan serius antara ahli kumpulan. Walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain pada mulanya, namun semua tetap bekerjasama dengan baik di sepanjang pendakian ini dan berakhir menjadi kawan.  

Antara Senarai Barang yang Perlu dibawa ketika Hiking :

  • Bawa kasut getah/selipar hiking spare sebab track lalu kawasan berair/anak sungai dan juga sungai besar, kalau termasuk kasut jadi berat kena air.
  • Wajib bawa headlamp/torch light sebab hutan cepat gelap walaupun baru jam 2petang
  • Baju hujan dan juga stokin panjang untuk elak pacat
  • Pisau/parang kecil.
  • Makanan memberi tenaga.
  • Air minum boleh topup di waterpoint Gua Kambing
  • Lighter & wisel 
  • Glove sebab akan sakit tangan tarik tali mendaki selepas Gua Kambing

Total perjalanan kami dalam 17.6KM dengan pendakian bermula jam 4.45am - 6.50pm (14jam). Untuk personal record, ini adalah pendakian trans saya yang pertama melebihi 10km pergi-balik. 

Sakit kaki? 

Dalam dua hari jugalah sakit kaki tapi alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. 

Jika anda bercadang nak join trip hiking boleh follow group :

Malaysian Outdoor Adventure di FB mereka : Malaysian Outdoor Adventure Facebook Page


Post a Comment

0 Comments