Advertisement

Pengalaman Hiking di Gunung Pulai Johor

Pengalaman mendaki Gunung Pulai ni sebenarnya dah lama sebelum pandemik lagi. Seronok apabila dapat hiking dengan keluarga sampai ke puncak gunung. Walaupun penuh dengan cabaran dan juga 'drama' anak-anak tetapi akhirnya dipermudahkan-Nya alhamdulillah. 


Sedikit sebelum mulakan aktiviti mendaki, seharusnya kita kena training kaki dulu. Pastikan badan dalam keadaan bersedia dan juga cukup tenaga. 


Antara aktiviti yang boleh dibuat sebelum mendaki ialah jogging setiap hari ke dalam minimum 2 km macam tu. Senaman berat kalau badan boleh terima juga boleh dilakukan.


Kenapa Kena Bersedia Mental Fizikal Sebelum Jalani Aktiviti Mendaki? 

Pertama, dari pengalaman saya sendiri kita ni dah biasa dalam zon selesa. Pergi mana-mana naik kenderaan zaman sekarang. Kaki mungkin tidak biasa dengan keadaan mendaki melawan graviti. Naik gunung ini adalah antara senaman yang agak berat bagi yang tidak biasa termasuk saya pada waktu awal dulu.


Ada orang memang dah fit walaupun tak bersenam ke atau workout sebelum naik gunung. Mendaki bukan suatu masalah pada mereka kerana badan boleh adaptasi dengan cepat. 


Jadi kena tahu dulu keadaan kesediaan tubuh badan masing-masing.


Pendakian Bermula di Kaki Gunung Pulai, Johor

Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam daripada bandar Senai atau Kulai. Sebelum ke arah tol kulai, belok ke kiri dan teruskan sampai jumpa signboard ke Gunung Pulai. Jalan agak penuh dengan lori dan kenderaan besar. 


Masa mendaki , kami guna laluan hutan (boleh nampak signboard Hutan Pelajaran sebelah kanan) untuk naik ke puncak. Ada dua laluan untuk sampai ke puncak iaitu;

  • Melalui jalan TAR (percuma tiada permit)
  • Atau melalui jalan hutan (Hutan Pelajaran, perlu permit)

Untuk urusan permit pendakian melalui jalan hutan, anda boleh lihat info di bahagian Perhutanan Negeri Johor untuk kepastian.

mendaki gunung pulai 1 johor
Photo: Puncak Gunung Pulai jika lalu jalan TAR

pengalaman hiking gunung pulai johor
Photo : Jalan masuk laluan Hutan Pelajaran


Baca Lagi : Cara Kurangkan Sakit Kaki Lepas Mendaki

Laluan hutan untuk naik ke puncak sudah ada tanda, jadi insha'Allah para pendaki boleh ikut sahaja tanda tersebut. Laluan tar pula memang terus sahaja naik ke atas. 


Pada pendapat saya, jalan tar lebih memberi tekanan untuk kaki sebabkan lebih curam. Lebih-lebih lagi semasa menurun ke kaki gunung. Kalau tersilap langkap boleh berguling ke bawah. Untuk trail runner memang kawasan pilihan mereka.


Setiap hujung minggu kawasan parking Gunung Pulai ini biasanya penuh. Ini kerana ada yang datang untuk berkelah di kawasan air terjun Gunung Pulai. Terdapat kawasan yang disediakan untuk aktiviti BBQ dan juga berkhemah. Cuma saya tidak pasti sama ada boleh bermalam atau tidak untuk yang berkhemah.


Aktiviti Menarik Untuk Seisi Keluarga

Dengan ketinggian lebih dari 600 meter, Gunung Pulai terdapat Taman Eco Rimba yang sememangnya menjadi pilihan untuk keluarga yang tinggal di sekitar Kulai dan Johor Bahru untuk datang berekreaksi. 


Untuk parking pula ada bayaran yang perlu dibayar kepada petugas yang menjaga kawasan. Kalau tidak silap sekitar RM3 satu kereta. 


Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments