Advertisement

Perubahan Pendakian Bukit Broga Perlu anda Tahu [Updated 2022]

Pengalaman kami sekeluarga mendaki ke Bukit Broga, Semenyih setakat ini masih baik. Tak ada apa-apa yang luar biasa di trek mendaki. Kalau ikutkan pengalaman saya beberapa tahun lepas trek mendaki Bukit Broga masih lagi melalui kawasan hutan. Rate parking juga masih RM1 untuk satu kenderaan. 


Kalau waktu hari cuti biasanya akan ada sangat ramai yang akan mendaki. Siap kena beratur lagi untuk masuk ke trail. Antara solution yang boleh diambil ialah kena datang awal pagi ke sini.


Ini adalah pengalaman kali kedua kami ke Bukit Broga. Jalur mendaki (trail) yang lama masih ada tapi selepas isu Bukit Broga diceroboh secara haram maka trail itu sudahpun ditutup. Sedih juga la tempat yang cantik sangat untuk keadaan hiking yang moderate dibuat begitu oleh individu yang tak bertanggungjawab. 


Jadi untuk pengetahuan anda yang tak pernah lagi mendaki ke Bukit Broga nih, ada sedikit info yang saya ingin kongsikan, antaranya ialah;


Keadaan Terkini Pendakian Bukit Broga

  • Jalan mendaki laluan hutan telah ditutup tetapi laluan baru yang sebesar kenderaan 4x4 telah dibuka.
  • Jalannya lebih kurang jalan biasa sahaja jadi cabaran mendaki mengikut jalan hutan sudah berkurang. Ini kerana jika dibandingkan dengan jalan lama yang melalui hutan ianya lebih condong dan ada cabarannya tersendiri.
  • Tetapi yang baiknya setelah jalan baru ini dibuka ,keadaan pendakian akan lebih santai. Jadi anda boleh bawa anak-anak sekali ikut aktiviti mendaki.
  • Jalan baru jika tidak hujan lebih berpasir dan kering. Keadaan lebih licin. Kesannya akan terasa semasa menuruni bukit. Tekanan lebih banyak pada hujung kaki dan akan rasa agak sakit jika tidak biasa mendaki. 
  • Dinasihatkan untuk pakai kasut yang lebih grip dan sesuai dengan keadaan permukaan licin.

Mendaki di Bukit Broga Semenyih
Photo: Laluan sebesar kenderaan 4x4 ke puncak

Photo: Pemandangan indah dari puncak Bukit Broga, Semenyih.

Bayaran Parking Di Bukit Broga

Ada dua laluan masuk sebelum sampai ke puncak iaitu satu untuk parking kereta (kena bayar RM5/kereta) dan laluan masuk ke trail pendakian juga RM5/orang.


Keadaan puncak lebih panas antara pukul 9 pagi ke petang jika tidak hujan, maka plan pendakian anda lebih awal. Seeloknya seawal pagi. Alhamdulillah kami berjaya naik dan turun dengan selamat walaupun kasut suami tak berapa nak sesuai jadi agak licin semasa turun.


Laluan mendaki dah dibuka semula maka anda semua boleh masukkan Bukit Broga dalam trip hiking tahun nih. Cuma kos meningkat daripada free kena bayar dah. Isu bayaran parking dekat Bukit Broga ni bila difikirkan boleh mengundang kemarahan pendaki. 


Yelah dulu-dulu masih lagi RM1. Orang kata masuk akal juga la kan nak ambil bayaran sebab kita parking dekat tempat orang. Kalau naik sampai RM5 per kereta nih entahlah. Tak tahu sebab apa dinaikkan sampai macam tu sekali. Apapun untuk mendaki di sini itulah kos yang perlu kita bayar. 


Plan perjalanan anda, Semoga bermanfaat. 

Post a Comment

0 Comments